Friday 30 December 2011

Sejenak bersama Dr. Munirah ehem ehem #1 :)

Assalamualaikum,

okay, hari ni aku nak bg sikit tips. bahaha mcm bagus je kan? ehem ehem, mmg bagus pun :) *kening kening. okayy, ini tips aku nk ikut suka korang la. tanak sudah. ehee :D

#1 : Kadang-kadang kita perlu terluka untuk maju kehadapan dan gagal untuk mengetahui sesuatu perkara


#2 : Kadang-kadang dengan membasuh mata kita dengan air mata boleh memberi kita semangat dan nafas yang baru. So tak payah nk malu dan takut2 nak cuci mata kita. Itu normal.


#3 : Kita tidak tahu apa yang kita ada, sehingga kita kehilangannya. Dan sekali ianya hilang, mungkin kita tak dapat kembali. Maka hargailah sebaik mungkin peluang atau apa sahaja yang kita dah miliki.


#4 : Cinta itu umpama jatuh basikal yang terok. Akhirnya akan meninggalkan parut, kecederaan dan ingatan selama-lamanya. Jadi sebelum nk gatai bercinta, faham dulu jenis orang mcm mana yang boleh faham dan jaga kita sampai ke mati.


#5 : Orang selalu sangka memiliki sesuatu yang membuatkan kita jadi lengkap. Tetapi, melepaskan juga boleh buat diri kita jadi lengkap. Faham betul2.


#6 : Bila time BERCINTA, semua pasangan akan kata dan menabur janji tanak tengok kita disakiti. Tapi, mesti ada yang buat sebaliknya. Masa korang menyakiti pasangan korang tu, korang tengah tutup mata ke? ihiks so, jangan berjanji perkara yang belum pasti terjadi.


#7 : Perkara paling sukar semasa kita sudah meningkat dewasa adalah membuat keputusan sendiri. Jadi untuk mengelakkan daripada lebih sukar, kita hanya berfikir tentang apa yang baik untuk diri sendiri. Tidak bermakna kita fikirkan kepentingan kita, kita tidak endahkan perasaan orang lain. tapi sekiranya mereka faham dan boleh berfikir seperti dewasa mereka akan hormat keputusan kita.


*Untuk tips yang lain sila kemukankan soalan. HAHA kalau boleh tolong, tolong la eh eh? :) ihiks. Dengan soalan anda semua bakat as kaunselor aku akan diasah. TERIMA KASIH kepada yang selama ini mintak nasihat, pendapat or tips kat aku. Aku hargai. Bukan nk bangga bagai, tapi just persediaan untuk aku kejar cita-cita. hikhik *okay dh poyo sgt da ni :)

Wthlove,
MunirahOthman

Thursday 29 December 2011

FINALLY

Assalamualaikum,



# I made a choice to finally let go, because I can't stand the pain, it's time for my last tear to fall and smile again :)


I cried today. Not because I miss you. or even wanted you. but because I realized I'm gonna be all right without you :)


Sometimes it's better to be alone. No one can hurt you that way :)

Wthlove,
MunirahOthaman

Wednesday 28 December 2011

nolstalgia #1

Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are



Wthlove,
MunirahOthman

What should i do?

Assalamualaikum,

Ape yang tiada? ohh, aku tiada lagi tempat untuk mengadu domba. Aku kini keseorangan. Aku tak sampai hati untuk menyusahkan individu lain. Semua sebab individu lain sudah banyak berkorban kerana aku. Cukup la selama ini aku menyusahkan dengan bebanan yang sepatutnya aku pikul sendiri. Hmm, insan yang sentiasa berasa di sisi ku kini tiada lagi disisi ku. Insan itu sudah pergi jauh daripada aku :( yess, i know awak tak pernah lupa saya. Tapi semua ini sebenarnya terjadi secara drastik. Siapa boleh terima kejutan yang sangat drastik? Ntah la. Kadang2 aku lupa siapa aku, apa status aku. Aku lalai. Sekiranya perkara ni semua terbongkar? mcm mana? ehhh, aku ke yang bersalah dalam hal ini? hmm, aku buntu buntu dan buntu. tapi aku tau setiap masalah ada jalan penyelesaian nya. Aku cuma perlu kuat dan berani tempuh segala dugaan yang ada sekarang dan bakal  nanti. Aku mesti buat keputusan secepat mungkin. supaya aku tidak melukakan hati sesiapa pun. mungkin kah aku akan melarikan diri buat kali ke dua? adakah melarikan diri itu boleh menjawab segala soalan yang bermain di dalam fikiran aku ini? ohh, munirah kau boleh harungi perkara ini. kau kuat. Kau tak pernah lemah. Itu bukan kau. kbye

Wthlove,
MunirahOthman

Monday 19 December 2011

Pilihan

Assalamualaikum..

Manusia selalu diberi pilihan. Sama ada pilihan didepan mata atau pilihan yang kita tau ada tapi jauh dimata insya'allah dekat dihati. hikhik

Tapi tahukah anda membuat sesuatu keputusan atau pilihan itu sangat lah dan amatlah susah? poloh poloh aku nk buat satu keputusan wlaupun untuk diri sendiri. Sampai sekarang aku memberi harapan kepada individu yang sangat baik hati dengan aku. Tapi aku tak mampu. Sebab aku lemah. Aku tak tau nk buat apa. Aku buntu, Disebabkan aku mempunyai perasaan mcm tu, aku buat buat COOL. Tp cool aku buat aku runsing dan individu lain resah gelisah. What have i done? hmmm --"

Wthlove,
MunirahOthman

Wednesday 14 December 2011

terbaik atau terhebat?

Assalamualaikum.

Sila silalah abaikan title yang panjang tu --"
Semua manusia senang dan mengambil masa yang singkat untuk menilai orang lain. Tapi untuk menilai diri sendiri? Ada yang mampu dan ada juga sampai ke sudah tak mampu. Sbb DIA rasa semua perkara yang DIA buat semua betul dan orang lain salah :) Tetapi dengan menilai diri orang lain juga sikit sebanyak dapat perbaiki diri sendiri. ehem ehem. Aku tidak menunding post aku kali ni kat sesiapa. Tapi sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri aku juga. Kerana aku juga manusia. Selalu alpa dan lupa.

Bukan semua orang mampu untuk mendengar nasihat dan pendapat orang lain. Dan bukan semua orang juga mampu melafazkan kata maaf sekiranya dah tahu mereka salah. Tips untuk menggelak daripada disabit salah walaupun mmg bersalah. Just switch mood korang ke mood 'BAD MOOD' :) maka orang lain tidak akan mempertikaikan dan tak kata apa2. sbb orang yang baik hati mcm aku, mungkin akan terdetik di benak hati ohh ada masalah la tu :)

Bila orang lain menggelar diri aku sebagai KAWAN. aku jadi takut, sbb title kawan sebnarnya besar. Kalau kita tak mampu bawak. mungkin banyak hati terguris dan munculnya pelbagai perasaan kurang enak. Sebagai kawan kita mest nak jadi yang terbaik. Bukan sekadar kawan masa susah dan senang. Tapi kawan yang boleh menjaga hati kawan yang lain. Dan hormat peribadi kawan yang lain :)

Hati. Hati manusia sangat sensitif. baik lelaki mahupun perempuan. Macam mana kuat pun hati seseorang lambat laun hati mereka boleh terguris juga kalau ada yang mengusiknya dengan perkara yang tak sepatutnya.  Jaga segala perkataan yang dikeluarkan daripada mulut kita. Kerana mungkin dgn satu patah perkataan sahaja mampu untuk  hati org lain terguris. Bila hati kita terguris dgn kata2 orang lain cuba berfikir tentang diri sendiri. Adakah kita juga begitu selama ni? Adakah kita juga sering buat org lain terguris dgn kata kata kita? fikir. semua tanpa kita sedari :)

Bila kita hidup berkumpulan, mesti ada salah seorang daripada kumpulan kita nk jadi yang TERhebat. dan ada juga yang TERlemah. yang terhebat selalu nak arahan atau idea mereka dituruti. yang terlemah mengikut sahaja tanpa bantahan namun hati tidak merelakan. sedih. Aku pernah alami yang terlemah. Maka aku tau mcm mana perasaan. Aku bukan sengaja nk jadi yang TERlemah. tapi aku terlalu hormat kawan2 aku. dan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk mereka. Tapi aku salah. jadi yang terlemah bukan boleh bg aku gembira. Tapi bagi aku sengsara. Aku tak minta untuk jadi yang terhebat. tapi aku minta untuk jadi yang terbaik dgn yang TERhebat supaya kami boleh berdebat dan dengan tidak sedar segala2 boleh dikongsi bersama. dan apabila terbaik bertemu dgn terhebat maka mereka akan lebih hormat sesama mereka. mcm dua2 taiko la. taiko mest hormat taiko kan? :) begitu juga bila berkawan. tak mintak lebih. tapi aku mintak SEORANG KAWAN HORMAT HORMAT KAWAN YANG LAIN dari semua segi :)

Bila orang tanya mana kawan kau. Aku mampu menunding jari dan menyatakan siapa kawan aku. Tapi tak semua kawan aku boleh jadi sahabat aku :) Aku sedang perbaiki diri aku untuk jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin dahulu susah untuk orang lain pijak aku. Dan sekarang dengan semudah ABC org boleh memijak aku. Sebab apa semua ini terjadi? KERANA AKU SEDANG BELAJAR JADI YANG TERBAIK DARIPADA ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU. DAN ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU mungkin rasa mereka hebat. tapi salah. mereka adalah insan yang lemah. Sbb tu mereka perlu jadi yang terhebat :D Sekian Terima Kasih.

*segala ayat ada maksud yang tersirat. Cari maksud yang tersirat. Maka sama-sama lah kita jadi orang yang terbaik dan bukan terhebat :D

Wthlove,
MunirahOthman

Monday 5 December 2011

Isnin


Click pada gambar utk lebih jelas :)

Jom tolong muntah sama-sama ngan aku :'( nasib tadi 2-4 tadi class cancel. letcr pun agaknye nk muntah tgok student yang sama. HAHA :) Takpela. sikit je lg dh nak habis belajar. bertahan jela. kbye

WthLove,
MunirahOthman

Saturday 3 December 2011

Hadiah daripada budak bajet sweet :)

Untuk awak, (bakal suami ke2)


Abg, aby tak mampu nk mencurahkan kata2. Sebab hari2 aby dh curahkan segala-galanya. Tapi yang aby nk sampaikan, iringilah segala apa yang kita lakukan dengan doa. Supaya apa yang kita buat diberkati dan kita sentiasa diberi petunjuk untuk menjadi lebih baik. Bkn dari segi org melihat tapi dari segi kita sebagai diri sendiri yang melihat diri kita. Aby tak sempurna abg pun sama. Dan cinta kita pun tak sesempurna cinta padaNYA. Tapi kita mampu mencuba dgn sentiasa berdoa untuk diri masing2 dan menabur segala kasih sayang yang ada. Kita mencuba. Sekiranya tidak berjaya, itu bkn pengakhiran cinta kita. Kita masih boleh cuba sampai suatu tahap yang kita sendiri tak tahu apa akan jadi. Kita hanya merancang ALLAH yang menentukan :) Kita tawakal dan redha. Insya'allah everything goes well. amin.. Yes, sayang kita tak bawa kemana. Biar kita simpan sayang masing2 dalam hati kita. Kita sampaikan sayang kita melalui doa. Okay? :)


Dari saya.


Wthlove,
MunirahOthaman

Malu gila.

Assalamualaikum.
Aku still aku. Aku malu, tapi tidak gila. Aku malu tapi still boleh hargai. Aku malu dan tak sangka. Aku malu dan malu :) *takadamotifpun

Tapi aku still malu sampai tak mampu untuk menutup muka. Aku malu dengan masyarakat dan aku malu dgnNYA. sebab? Sebab aku tak sangka, selain ALLAH yang satu, keluarga, kawan kawan ada lagi insan yang sayang diri aku :) pewittt, ada lg kan org yang mampu sama sama jatuh dan berdiri dgn aku. terharu weh. Sampai meleleh air edung! huh.

AMARAN! 
Entry ni takde kena mengena dgn, AKU SUKA MENUNJUK mahupun AKU SORANG JE YANG ADA ORG YANG SAYANG. ihiks Aku faham, manusia sentiasa salah faham, salah erti, salah tanggapan dan macam2 lagi manusia selalu salah. so, aku bg tau awal2. Supaya kepada sesiapa yang selalu salah tidak salah untuk kali ini :) terima kasih.

TUJUAN :
Aku sekadar ingin berkongsi. Jangan baca plus tengok if korang rasa korang ade penyakit asma :)

okay back to the topic. Aku malu kerana hari ini 04 DISEMBER 2011. Tarikh ini merupakan tarikh genapnya aku melangkah ke 21bulan bersama dengan abg 'david' aku. Kenapa time 12bulan aku tak beria kan? kenapa 21? Apa ada dgn 21? Haaa, aku tanya aku jawab. Tak ada pape pun dgn 21 :) Aku hanya terlebih ubat teruja dan terharu. Kerana ini.................................................................................................




Sebenaq nya, takda apa yg kecoh kecoh besar besar sampai nk post kat blog kan. Tapi benda ni aku tak rasa nk cerita kat sesapa melalui penceritaan mulut. Sbb aku tersangat malu. merah muka. So aku just share. Sbb mungkin aku rasa dh cool malu aku. bahahaha :)

Okay, thanks abg buat semua ni. Macam tau je. Kalau post kat fb cmni, takde la mamat saleh nk add or ngorat i lg. hahaha Act tu je nk share :)

TO HATER(S)
Yang selama ni dah maki hamun aku kat dlm phone And yg dah penah call aku. Pompuan and lelaki. And yg dh berani rani hack fb aku suma. Dan yang paling penting yang penah Memaki hamun aku dan INGIN menentukan hidup aku. Ohh, terima kasih mengambil berat. Lagi terharu tak terhingga tau. ihiks.. Saya tak hot, tak bagus dan segala tak kat saya. Saya insan yang lemah dan hanya seorang yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Dan mampu berfikir dan membuat perkara ke arah DIA yang satu, untuk meminta petunjuk diatas segala perkara yang saya lakukan. Saya merancang dan lakukan. ALLAH sahaja yang menentukan segala galanya. Bukan kau! bkn kau yg mengaturkan hidup aku :) Jadi tlg terima knyataan aku masih kekal 21 bulan bersama. Takda faedah kau memburukkan dia atau aku. Kerana ALLAH sahaja yang tahu keburukkan setiap manusia. Dan sekiranya jodoh kami tak panjang, tidak semestinya dia milik kau. Sebab bkn kau tentukan. ALLAH juga yang menentukan. Belajar menerima barang yang sudah lepas derr! :)

tekan untuk keluarkan gambar tahi edung yang BESAR :)


Aku sangat malu. Malu dengan apa yang dh jadi hari ini. Malu kerana secara tidak langsung telah menghantar pesanan kepada org yg sentiasa memburukkan dan memaki aku. Dan malu kerana awak(SMN) dah buat saya malu :) HAHA okay aku poyo dan menggelabah. Aku dh merapu banyak sangat, kbye

Note : kenapa gambar di kaburkan. Kerana aku tanak korang tengok edung dan bibir dia. Kerana edung nya mampu membuat korang korang tercampak jauh 1500m. Dan bibir dy mampu buat korang TERJUIH 3hari 4malam. Dasyat bukan? So jangan kata aku kedekut mahupun aku ni mengelabah bajet bf hot. Aku bkn insan yang sebegitu rupa. Harap maklum. peace

WthLove,
MunirahOthman