Wednesday 14 December 2011

terbaik atau terhebat?

Assalamualaikum.

Sila silalah abaikan title yang panjang tu --"
Semua manusia senang dan mengambil masa yang singkat untuk menilai orang lain. Tapi untuk menilai diri sendiri? Ada yang mampu dan ada juga sampai ke sudah tak mampu. Sbb DIA rasa semua perkara yang DIA buat semua betul dan orang lain salah :) Tetapi dengan menilai diri orang lain juga sikit sebanyak dapat perbaiki diri sendiri. ehem ehem. Aku tidak menunding post aku kali ni kat sesiapa. Tapi sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri aku juga. Kerana aku juga manusia. Selalu alpa dan lupa.

Bukan semua orang mampu untuk mendengar nasihat dan pendapat orang lain. Dan bukan semua orang juga mampu melafazkan kata maaf sekiranya dah tahu mereka salah. Tips untuk menggelak daripada disabit salah walaupun mmg bersalah. Just switch mood korang ke mood 'BAD MOOD' :) maka orang lain tidak akan mempertikaikan dan tak kata apa2. sbb orang yang baik hati mcm aku, mungkin akan terdetik di benak hati ohh ada masalah la tu :)

Bila orang lain menggelar diri aku sebagai KAWAN. aku jadi takut, sbb title kawan sebnarnya besar. Kalau kita tak mampu bawak. mungkin banyak hati terguris dan munculnya pelbagai perasaan kurang enak. Sebagai kawan kita mest nak jadi yang terbaik. Bukan sekadar kawan masa susah dan senang. Tapi kawan yang boleh menjaga hati kawan yang lain. Dan hormat peribadi kawan yang lain :)

Hati. Hati manusia sangat sensitif. baik lelaki mahupun perempuan. Macam mana kuat pun hati seseorang lambat laun hati mereka boleh terguris juga kalau ada yang mengusiknya dengan perkara yang tak sepatutnya.  Jaga segala perkataan yang dikeluarkan daripada mulut kita. Kerana mungkin dgn satu patah perkataan sahaja mampu untuk  hati org lain terguris. Bila hati kita terguris dgn kata2 orang lain cuba berfikir tentang diri sendiri. Adakah kita juga begitu selama ni? Adakah kita juga sering buat org lain terguris dgn kata kata kita? fikir. semua tanpa kita sedari :)

Bila kita hidup berkumpulan, mesti ada salah seorang daripada kumpulan kita nk jadi yang TERhebat. dan ada juga yang TERlemah. yang terhebat selalu nak arahan atau idea mereka dituruti. yang terlemah mengikut sahaja tanpa bantahan namun hati tidak merelakan. sedih. Aku pernah alami yang terlemah. Maka aku tau mcm mana perasaan. Aku bukan sengaja nk jadi yang TERlemah. tapi aku terlalu hormat kawan2 aku. dan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk mereka. Tapi aku salah. jadi yang terlemah bukan boleh bg aku gembira. Tapi bagi aku sengsara. Aku tak minta untuk jadi yang terhebat. tapi aku minta untuk jadi yang terbaik dgn yang TERhebat supaya kami boleh berdebat dan dengan tidak sedar segala2 boleh dikongsi bersama. dan apabila terbaik bertemu dgn terhebat maka mereka akan lebih hormat sesama mereka. mcm dua2 taiko la. taiko mest hormat taiko kan? :) begitu juga bila berkawan. tak mintak lebih. tapi aku mintak SEORANG KAWAN HORMAT HORMAT KAWAN YANG LAIN dari semua segi :)

Bila orang tanya mana kawan kau. Aku mampu menunding jari dan menyatakan siapa kawan aku. Tapi tak semua kawan aku boleh jadi sahabat aku :) Aku sedang perbaiki diri aku untuk jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin dahulu susah untuk orang lain pijak aku. Dan sekarang dengan semudah ABC org boleh memijak aku. Sebab apa semua ini terjadi? KERANA AKU SEDANG BELAJAR JADI YANG TERBAIK DARIPADA ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU. DAN ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU mungkin rasa mereka hebat. tapi salah. mereka adalah insan yang lemah. Sbb tu mereka perlu jadi yang terhebat :D Sekian Terima Kasih.

*segala ayat ada maksud yang tersirat. Cari maksud yang tersirat. Maka sama-sama lah kita jadi orang yang terbaik dan bukan terhebat :D

Wthlove,
MunirahOthman

No comments:

Post a Comment