Friday 30 December 2011

Sejenak bersama Dr. Munirah ehem ehem #1 :)

Assalamualaikum,

okay, hari ni aku nak bg sikit tips. bahaha mcm bagus je kan? ehem ehem, mmg bagus pun :) *kening kening. okayy, ini tips aku nk ikut suka korang la. tanak sudah. ehee :D

#1 : Kadang-kadang kita perlu terluka untuk maju kehadapan dan gagal untuk mengetahui sesuatu perkara


#2 : Kadang-kadang dengan membasuh mata kita dengan air mata boleh memberi kita semangat dan nafas yang baru. So tak payah nk malu dan takut2 nak cuci mata kita. Itu normal.


#3 : Kita tidak tahu apa yang kita ada, sehingga kita kehilangannya. Dan sekali ianya hilang, mungkin kita tak dapat kembali. Maka hargailah sebaik mungkin peluang atau apa sahaja yang kita dah miliki.


#4 : Cinta itu umpama jatuh basikal yang terok. Akhirnya akan meninggalkan parut, kecederaan dan ingatan selama-lamanya. Jadi sebelum nk gatai bercinta, faham dulu jenis orang mcm mana yang boleh faham dan jaga kita sampai ke mati.


#5 : Orang selalu sangka memiliki sesuatu yang membuatkan kita jadi lengkap. Tetapi, melepaskan juga boleh buat diri kita jadi lengkap. Faham betul2.


#6 : Bila time BERCINTA, semua pasangan akan kata dan menabur janji tanak tengok kita disakiti. Tapi, mesti ada yang buat sebaliknya. Masa korang menyakiti pasangan korang tu, korang tengah tutup mata ke? ihiks so, jangan berjanji perkara yang belum pasti terjadi.


#7 : Perkara paling sukar semasa kita sudah meningkat dewasa adalah membuat keputusan sendiri. Jadi untuk mengelakkan daripada lebih sukar, kita hanya berfikir tentang apa yang baik untuk diri sendiri. Tidak bermakna kita fikirkan kepentingan kita, kita tidak endahkan perasaan orang lain. tapi sekiranya mereka faham dan boleh berfikir seperti dewasa mereka akan hormat keputusan kita.


*Untuk tips yang lain sila kemukankan soalan. HAHA kalau boleh tolong, tolong la eh eh? :) ihiks. Dengan soalan anda semua bakat as kaunselor aku akan diasah. TERIMA KASIH kepada yang selama ini mintak nasihat, pendapat or tips kat aku. Aku hargai. Bukan nk bangga bagai, tapi just persediaan untuk aku kejar cita-cita. hikhik *okay dh poyo sgt da ni :)

Wthlove,
MunirahOthman

No comments:

Post a Comment