Friday 30 December 2011

Sejenak bersama Dr. Munirah ehem ehem #1 :)

Assalamualaikum,

okay, hari ni aku nak bg sikit tips. bahaha mcm bagus je kan? ehem ehem, mmg bagus pun :) *kening kening. okayy, ini tips aku nk ikut suka korang la. tanak sudah. ehee :D

#1 : Kadang-kadang kita perlu terluka untuk maju kehadapan dan gagal untuk mengetahui sesuatu perkara


#2 : Kadang-kadang dengan membasuh mata kita dengan air mata boleh memberi kita semangat dan nafas yang baru. So tak payah nk malu dan takut2 nak cuci mata kita. Itu normal.


#3 : Kita tidak tahu apa yang kita ada, sehingga kita kehilangannya. Dan sekali ianya hilang, mungkin kita tak dapat kembali. Maka hargailah sebaik mungkin peluang atau apa sahaja yang kita dah miliki.


#4 : Cinta itu umpama jatuh basikal yang terok. Akhirnya akan meninggalkan parut, kecederaan dan ingatan selama-lamanya. Jadi sebelum nk gatai bercinta, faham dulu jenis orang mcm mana yang boleh faham dan jaga kita sampai ke mati.


#5 : Orang selalu sangka memiliki sesuatu yang membuatkan kita jadi lengkap. Tetapi, melepaskan juga boleh buat diri kita jadi lengkap. Faham betul2.


#6 : Bila time BERCINTA, semua pasangan akan kata dan menabur janji tanak tengok kita disakiti. Tapi, mesti ada yang buat sebaliknya. Masa korang menyakiti pasangan korang tu, korang tengah tutup mata ke? ihiks so, jangan berjanji perkara yang belum pasti terjadi.


#7 : Perkara paling sukar semasa kita sudah meningkat dewasa adalah membuat keputusan sendiri. Jadi untuk mengelakkan daripada lebih sukar, kita hanya berfikir tentang apa yang baik untuk diri sendiri. Tidak bermakna kita fikirkan kepentingan kita, kita tidak endahkan perasaan orang lain. tapi sekiranya mereka faham dan boleh berfikir seperti dewasa mereka akan hormat keputusan kita.


*Untuk tips yang lain sila kemukankan soalan. HAHA kalau boleh tolong, tolong la eh eh? :) ihiks. Dengan soalan anda semua bakat as kaunselor aku akan diasah. TERIMA KASIH kepada yang selama ini mintak nasihat, pendapat or tips kat aku. Aku hargai. Bukan nk bangga bagai, tapi just persediaan untuk aku kejar cita-cita. hikhik *okay dh poyo sgt da ni :)

Wthlove,
MunirahOthman

Thursday 29 December 2011

FINALLY

Assalamualaikum,



# I made a choice to finally let go, because I can't stand the pain, it's time for my last tear to fall and smile again :)


I cried today. Not because I miss you. or even wanted you. but because I realized I'm gonna be all right without you :)


Sometimes it's better to be alone. No one can hurt you that way :)

Wthlove,
MunirahOthaman

Wednesday 28 December 2011

nolstalgia #1

Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are



Wthlove,
MunirahOthman

What should i do?

Assalamualaikum,

Ape yang tiada? ohh, aku tiada lagi tempat untuk mengadu domba. Aku kini keseorangan. Aku tak sampai hati untuk menyusahkan individu lain. Semua sebab individu lain sudah banyak berkorban kerana aku. Cukup la selama ini aku menyusahkan dengan bebanan yang sepatutnya aku pikul sendiri. Hmm, insan yang sentiasa berasa di sisi ku kini tiada lagi disisi ku. Insan itu sudah pergi jauh daripada aku :( yess, i know awak tak pernah lupa saya. Tapi semua ini sebenarnya terjadi secara drastik. Siapa boleh terima kejutan yang sangat drastik? Ntah la. Kadang2 aku lupa siapa aku, apa status aku. Aku lalai. Sekiranya perkara ni semua terbongkar? mcm mana? ehhh, aku ke yang bersalah dalam hal ini? hmm, aku buntu buntu dan buntu. tapi aku tau setiap masalah ada jalan penyelesaian nya. Aku cuma perlu kuat dan berani tempuh segala dugaan yang ada sekarang dan bakal  nanti. Aku mesti buat keputusan secepat mungkin. supaya aku tidak melukakan hati sesiapa pun. mungkin kah aku akan melarikan diri buat kali ke dua? adakah melarikan diri itu boleh menjawab segala soalan yang bermain di dalam fikiran aku ini? ohh, munirah kau boleh harungi perkara ini. kau kuat. Kau tak pernah lemah. Itu bukan kau. kbye

Wthlove,
MunirahOthman

Monday 19 December 2011

Pilihan

Assalamualaikum..

Manusia selalu diberi pilihan. Sama ada pilihan didepan mata atau pilihan yang kita tau ada tapi jauh dimata insya'allah dekat dihati. hikhik

Tapi tahukah anda membuat sesuatu keputusan atau pilihan itu sangat lah dan amatlah susah? poloh poloh aku nk buat satu keputusan wlaupun untuk diri sendiri. Sampai sekarang aku memberi harapan kepada individu yang sangat baik hati dengan aku. Tapi aku tak mampu. Sebab aku lemah. Aku tak tau nk buat apa. Aku buntu, Disebabkan aku mempunyai perasaan mcm tu, aku buat buat COOL. Tp cool aku buat aku runsing dan individu lain resah gelisah. What have i done? hmmm --"

Wthlove,
MunirahOthman

Wednesday 14 December 2011

terbaik atau terhebat?

Assalamualaikum.

Sila silalah abaikan title yang panjang tu --"
Semua manusia senang dan mengambil masa yang singkat untuk menilai orang lain. Tapi untuk menilai diri sendiri? Ada yang mampu dan ada juga sampai ke sudah tak mampu. Sbb DIA rasa semua perkara yang DIA buat semua betul dan orang lain salah :) Tetapi dengan menilai diri orang lain juga sikit sebanyak dapat perbaiki diri sendiri. ehem ehem. Aku tidak menunding post aku kali ni kat sesiapa. Tapi sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri aku juga. Kerana aku juga manusia. Selalu alpa dan lupa.

Bukan semua orang mampu untuk mendengar nasihat dan pendapat orang lain. Dan bukan semua orang juga mampu melafazkan kata maaf sekiranya dah tahu mereka salah. Tips untuk menggelak daripada disabit salah walaupun mmg bersalah. Just switch mood korang ke mood 'BAD MOOD' :) maka orang lain tidak akan mempertikaikan dan tak kata apa2. sbb orang yang baik hati mcm aku, mungkin akan terdetik di benak hati ohh ada masalah la tu :)

Bila orang lain menggelar diri aku sebagai KAWAN. aku jadi takut, sbb title kawan sebnarnya besar. Kalau kita tak mampu bawak. mungkin banyak hati terguris dan munculnya pelbagai perasaan kurang enak. Sebagai kawan kita mest nak jadi yang terbaik. Bukan sekadar kawan masa susah dan senang. Tapi kawan yang boleh menjaga hati kawan yang lain. Dan hormat peribadi kawan yang lain :)

Hati. Hati manusia sangat sensitif. baik lelaki mahupun perempuan. Macam mana kuat pun hati seseorang lambat laun hati mereka boleh terguris juga kalau ada yang mengusiknya dengan perkara yang tak sepatutnya.  Jaga segala perkataan yang dikeluarkan daripada mulut kita. Kerana mungkin dgn satu patah perkataan sahaja mampu untuk  hati org lain terguris. Bila hati kita terguris dgn kata2 orang lain cuba berfikir tentang diri sendiri. Adakah kita juga begitu selama ni? Adakah kita juga sering buat org lain terguris dgn kata kata kita? fikir. semua tanpa kita sedari :)

Bila kita hidup berkumpulan, mesti ada salah seorang daripada kumpulan kita nk jadi yang TERhebat. dan ada juga yang TERlemah. yang terhebat selalu nak arahan atau idea mereka dituruti. yang terlemah mengikut sahaja tanpa bantahan namun hati tidak merelakan. sedih. Aku pernah alami yang terlemah. Maka aku tau mcm mana perasaan. Aku bukan sengaja nk jadi yang TERlemah. tapi aku terlalu hormat kawan2 aku. dan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk mereka. Tapi aku salah. jadi yang terlemah bukan boleh bg aku gembira. Tapi bagi aku sengsara. Aku tak minta untuk jadi yang terhebat. tapi aku minta untuk jadi yang terbaik dgn yang TERhebat supaya kami boleh berdebat dan dengan tidak sedar segala2 boleh dikongsi bersama. dan apabila terbaik bertemu dgn terhebat maka mereka akan lebih hormat sesama mereka. mcm dua2 taiko la. taiko mest hormat taiko kan? :) begitu juga bila berkawan. tak mintak lebih. tapi aku mintak SEORANG KAWAN HORMAT HORMAT KAWAN YANG LAIN dari semua segi :)

Bila orang tanya mana kawan kau. Aku mampu menunding jari dan menyatakan siapa kawan aku. Tapi tak semua kawan aku boleh jadi sahabat aku :) Aku sedang perbaiki diri aku untuk jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin dahulu susah untuk orang lain pijak aku. Dan sekarang dengan semudah ABC org boleh memijak aku. Sebab apa semua ini terjadi? KERANA AKU SEDANG BELAJAR JADI YANG TERBAIK DARIPADA ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU. DAN ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU mungkin rasa mereka hebat. tapi salah. mereka adalah insan yang lemah. Sbb tu mereka perlu jadi yang terhebat :D Sekian Terima Kasih.

*segala ayat ada maksud yang tersirat. Cari maksud yang tersirat. Maka sama-sama lah kita jadi orang yang terbaik dan bukan terhebat :D

Wthlove,
MunirahOthman

Monday 5 December 2011

Isnin


Click pada gambar utk lebih jelas :)

Jom tolong muntah sama-sama ngan aku :'( nasib tadi 2-4 tadi class cancel. letcr pun agaknye nk muntah tgok student yang sama. HAHA :) Takpela. sikit je lg dh nak habis belajar. bertahan jela. kbye

WthLove,
MunirahOthman

Saturday 3 December 2011

Hadiah daripada budak bajet sweet :)

Untuk awak, (bakal suami ke2)


Abg, aby tak mampu nk mencurahkan kata2. Sebab hari2 aby dh curahkan segala-galanya. Tapi yang aby nk sampaikan, iringilah segala apa yang kita lakukan dengan doa. Supaya apa yang kita buat diberkati dan kita sentiasa diberi petunjuk untuk menjadi lebih baik. Bkn dari segi org melihat tapi dari segi kita sebagai diri sendiri yang melihat diri kita. Aby tak sempurna abg pun sama. Dan cinta kita pun tak sesempurna cinta padaNYA. Tapi kita mampu mencuba dgn sentiasa berdoa untuk diri masing2 dan menabur segala kasih sayang yang ada. Kita mencuba. Sekiranya tidak berjaya, itu bkn pengakhiran cinta kita. Kita masih boleh cuba sampai suatu tahap yang kita sendiri tak tahu apa akan jadi. Kita hanya merancang ALLAH yang menentukan :) Kita tawakal dan redha. Insya'allah everything goes well. amin.. Yes, sayang kita tak bawa kemana. Biar kita simpan sayang masing2 dalam hati kita. Kita sampaikan sayang kita melalui doa. Okay? :)


Dari saya.


Wthlove,
MunirahOthaman

Malu gila.

Assalamualaikum.
Aku still aku. Aku malu, tapi tidak gila. Aku malu tapi still boleh hargai. Aku malu dan tak sangka. Aku malu dan malu :) *takadamotifpun

Tapi aku still malu sampai tak mampu untuk menutup muka. Aku malu dengan masyarakat dan aku malu dgnNYA. sebab? Sebab aku tak sangka, selain ALLAH yang satu, keluarga, kawan kawan ada lagi insan yang sayang diri aku :) pewittt, ada lg kan org yang mampu sama sama jatuh dan berdiri dgn aku. terharu weh. Sampai meleleh air edung! huh.

AMARAN! 
Entry ni takde kena mengena dgn, AKU SUKA MENUNJUK mahupun AKU SORANG JE YANG ADA ORG YANG SAYANG. ihiks Aku faham, manusia sentiasa salah faham, salah erti, salah tanggapan dan macam2 lagi manusia selalu salah. so, aku bg tau awal2. Supaya kepada sesiapa yang selalu salah tidak salah untuk kali ini :) terima kasih.

TUJUAN :
Aku sekadar ingin berkongsi. Jangan baca plus tengok if korang rasa korang ade penyakit asma :)

okay back to the topic. Aku malu kerana hari ini 04 DISEMBER 2011. Tarikh ini merupakan tarikh genapnya aku melangkah ke 21bulan bersama dengan abg 'david' aku. Kenapa time 12bulan aku tak beria kan? kenapa 21? Apa ada dgn 21? Haaa, aku tanya aku jawab. Tak ada pape pun dgn 21 :) Aku hanya terlebih ubat teruja dan terharu. Kerana ini.................................................................................................




Sebenaq nya, takda apa yg kecoh kecoh besar besar sampai nk post kat blog kan. Tapi benda ni aku tak rasa nk cerita kat sesapa melalui penceritaan mulut. Sbb aku tersangat malu. merah muka. So aku just share. Sbb mungkin aku rasa dh cool malu aku. bahahaha :)

Okay, thanks abg buat semua ni. Macam tau je. Kalau post kat fb cmni, takde la mamat saleh nk add or ngorat i lg. hahaha Act tu je nk share :)

TO HATER(S)
Yang selama ni dah maki hamun aku kat dlm phone And yg dah penah call aku. Pompuan and lelaki. And yg dh berani rani hack fb aku suma. Dan yang paling penting yang penah Memaki hamun aku dan INGIN menentukan hidup aku. Ohh, terima kasih mengambil berat. Lagi terharu tak terhingga tau. ihiks.. Saya tak hot, tak bagus dan segala tak kat saya. Saya insan yang lemah dan hanya seorang yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Dan mampu berfikir dan membuat perkara ke arah DIA yang satu, untuk meminta petunjuk diatas segala perkara yang saya lakukan. Saya merancang dan lakukan. ALLAH sahaja yang menentukan segala galanya. Bukan kau! bkn kau yg mengaturkan hidup aku :) Jadi tlg terima knyataan aku masih kekal 21 bulan bersama. Takda faedah kau memburukkan dia atau aku. Kerana ALLAH sahaja yang tahu keburukkan setiap manusia. Dan sekiranya jodoh kami tak panjang, tidak semestinya dia milik kau. Sebab bkn kau tentukan. ALLAH juga yang menentukan. Belajar menerima barang yang sudah lepas derr! :)

tekan untuk keluarkan gambar tahi edung yang BESAR :)


Aku sangat malu. Malu dengan apa yang dh jadi hari ini. Malu kerana secara tidak langsung telah menghantar pesanan kepada org yg sentiasa memburukkan dan memaki aku. Dan malu kerana awak(SMN) dah buat saya malu :) HAHA okay aku poyo dan menggelabah. Aku dh merapu banyak sangat, kbye

Note : kenapa gambar di kaburkan. Kerana aku tanak korang tengok edung dan bibir dia. Kerana edung nya mampu membuat korang korang tercampak jauh 1500m. Dan bibir dy mampu buat korang TERJUIH 3hari 4malam. Dasyat bukan? So jangan kata aku kedekut mahupun aku ni mengelabah bajet bf hot. Aku bkn insan yang sebegitu rupa. Harap maklum. peace

WthLove,
MunirahOthman

Tuesday 29 November 2011

Terbang melayang untuk awak

Assalamualaikum,

 Kita mulakan dengan gambar hiasan yang sangat tersirat dan tersurat kunon :)




To : Awak

       Sepanjang perjuangan saya di Sri Iskandar. Awak yg berada di perantauan sana jangan gatal2. Jangan nak bermain2 jari dengan perempuan lain (chating). Awak tau kan saya mcm mana. Lagi2 keadaan disini sangat tidak mengizinkan kita berhubung. Melalui telefon bombit mahupun jejaring :'( Sangat menyedihkan bagi saya. Tak tahu lah awak bagaimana pula. Saya sangat kecewa dengan maxis sekarang ni. Kerana beliau telah buat hati saya sakit yang teramat. Oleh itu saya membuat keputusan untuk tidak berhubung awak. Untuk mengelakkan sending failed mahupun call ended. huhu Awak faham kan situasi saya disini. Sudahlah umpama katak dibawah tempurung kerana tidak keluar kampus, kecuali ingin membeli barang. Tambah lagi dengan tak ada line disini. Saya tak berhubung dengan sesiapa. Adehh, saya berasa sangat lah ulu (ape ntah tu). Perasaan saya sangat bercampur baur sekarang ni. Tidak tahu menahu nak meluahkan macam mana mahupun sesiapa. Adakah tiada org disekeliling saya yang boleh membantu? HMM. Tak dapat dikenal pasti lagi. Mungkin ada. Atau mungkin tidak. Saya seorang yang sentiasa tidak menampakkan wujudnya masalah dalam diri. Kerana saya suka melihat org disekeliling saya sentiasa gembira maka secara tidak langsung akan membuatkan saya gembira bersama dan hilang semua masalah yang berada dalam kepala otak saya. 

       Awak, awak sahaja yang mengetahui apa yang saya rasa. Tapi kenapa awak berjauhan dengan saya. Sudah hampir 3 tahun kita terpisah. BIla semua ini hendak berakhir? Adakah semua ini ada penghujungnya ataupun tidak? Ohh, musykil. Awak ada jawapan untuk soalan saya? Banyak perkara kita sudah harungi bersama. Adakah pengakhirnya baik ataupun sebaliknya? Bersama la kita berdoa agar semua nya baik baik. amin.. Awak, sepanjang pemergian saya, awak jangan sesekali cuba untuk mendua, tiga mahupun meng empat kan saya. Saya belum bersedia untuk semua itu. Tunggu lah anak anak kita besar dahulu. (lembik + bybean). Tergamak pula awak ingin membuat anak kita keliru asal usul mereka? dan dari mana mereka keluar. Cukup la kita rahsia kan dari mana kewujudan mereka yang sangat pelik itu. Awak, saya nak cakap yang saya rindu awak. Tapi saya tak tergamak. Tak tahu kenapa. 

       Awak. mungkin kawan kawan saya masih tidak mengenali awak. Mereka tidak tahu betapa pentingnya awak dalam hidup saya sebagai SAHABAT saya. Saya tidak ada sahabat lain selain awak. Tempat awak tiada pengganti. Awak tahu tak semua itu? Sahabat lagi penting daripada bf. Bf saya, (david beckham) pun tak sepenting awak. Awak merupakan sahabat saya selamanya. Awak salah seorang yang terpenting untuk hidup saya. Ingat tu. Ingat sampai bila2.

      Akhir kata, awak sesungguhnya kita mampu merancang ALLAH yang menentukan.Segala ujian yang diberi ada hikmahnya. Mungkin untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Insya'allah kita boleh harungi ini semua bersama  dengan tanpa hasutan Mr Syaitan. Amin. Awak tunggu saya tau. 

From : Saya





#Mintak maaf diatas segala kesalahan tatabahasa, ejaan, penanda wacana mahupun pembendaharaan kata atau seangkatan dengan nya. Saya merupakan insan yang lemah. Dan tidak dapat berfikir dengan dalam sewaktu menaip entry ini. Apa yang di taip mengikut perasaan yang tidak dapat dikawal. Out of control. Saya minta maaf sekali lagi. Kalau rasa perkara diatas membuatkan anda mual atau pening2. Sila buat medical check up. Mungkin anda bakal menjadi seorang ibu. Senang kan sekarang kalau nak jadi ibu :) 

Wthlove,
MunirahOthman

Monday 21 November 2011

Mengerikan tapi tahniah diucapkan

assalamualaikum :)

ehem ehem, dh lama tk update blog rasanye. ehee orang dh masuk blaja balik kan. mane nk ade masa menghadap blog ni kan. KONONNNNN! :)

semalam final bola untuk sukan sea. perghh, sengit gila! tp Malaysia cool. rilex jeh. penonton pihak lawan berjuta mana pun takde hal la. bak sini mai!! HAHA takde gentar punya. harimau malaya kann! aummm, ehee TAHNIAH buat semua pemain malaysia. atas usaha keras anda semua :) tahniah juga kat coach and kru2 yang dh bertungkus lumus. ehee mcm aku salah sorang player je.  HAHA TAHNIAH MALAYSIA! :)

semalam aku tengok bola dh rasa mcm ade kt stadium. sbb sume tengok kat DSI (dewan sri iskandar). perghh, rmai tk hengat la kan. haha mayb setengah or lebih daripada student uitm perak yg dduk kolej turun utk support malaysia :) wanita jejaka semua ada. aku for sure la akan tergolong dalam kategori wanita kan. ehem ehem. HAHA 1st time tengok bola dgn dikelilingi dgn kaum sendiri. pergghh, telinga kebas dengar dorang menjerit. haha menjerit dari hati agaknya. dh mcm nk terkeluar anak tekak dorang tu aku rasa.NGERI! sampai game belom habis suara dh mcm nak hilang. HAHA sabar la kakak2 oi.. rilex sudah. haha then tak tahan nye lagi semua ape yg ref or pemain endon buat sume salah tu. haha defend malaysia habis habisan tu.. haha akk2 ni ikutkan perasaan sangat dah ni :) HAHA kalau ref pun salah nk mengadili game baik tak payah pkai ref kan. HAHAHA tp mmg seronok. depa nye excited tu lain pulak style nye daripada excited kaum laki. haha.. takpelah, semangat kesukanan orang kata. ehee

akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA malaysia for sukan sea!! 58 gold medal dh dapat. chaiyokk! semangat. bawa nama malaysia di tempat yg tinggi. ehh? betul ke ayat aku? hmmm --" and congratulation to malaysian athlete. korang buat malaysia bangga dengan korang semua. teruskan usaha dimasa akan datang. MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA! aauumm aaummmm *kunon harimau malaya :) ihiks

Wthlove,
MunirahOthman




Tuesday 15 November 2011

Player malaysia pun COOL okay

Assalamualaikum :)

Ehem ehem, hee Alang2 tengah rajin menaip and ade cerita pulak nk diceritakan. baik cerita kan. sebelum penyakit malas datang. terus tanak taip pape. HEE

Semalam, hati ini langsung tkde hati nak membuka lappy or menjengah jengah tengok phone *tudiaaa kluar ayat dia. hehe Then dengan hati yang rela aku bukak la tv. selama cuti sem ni jarang aku tangok tv. kecuali tengok berita, masterchef takpun sport :) Ttbe semalam mmg tkde rancangan yg best pun. buat kan aku nak naik katil. tp tak ngntok lg. ttbe! ttbe lg, tangan aku gatai bukak astro arena. okay, one of my favourite channel jugak la kan time cuti ni. sbb ade sukan sea :)

then tengok, ada hockey game. emm, tak live. so malas la nk tengok kan. Tapi game tu baru start. so jadi la kan. Daripada tkde bnde nak tgok. masa tu game MALAYSIA vs AUSTRALIA. final utk piala sultan johor 2011. okayy, aku mmg agk terlambat. org dh rasa debaran dy 12nov aritu lg. aku baru nak rasa semalam. ehee Taktau kenapa aku blh lepas game yg ini. hehe 

Tengok punya tengok, aku kagum dgn semangat player malaysia. serious. yelaa, kaki pemain australia agak panjang daripada dorang. gabak2 semuanya. kita malaysia ni semua comel2 belaka. Tapi dorang semangat gila.. main laju pun laju. setanding la dgn australia yg gabak2 belaka tu :) tabikk lah. ini baru COOL. ehee *tabik sambil kenyit2 mata. haha

Aku tengok dorang main, mcm konon2 game tu live. semangat habis aku tengok. HAHA itu nak menunjukkan aku mmg malaysian die hard supporter la! ehee, Nasib semalam tak pakai jersi malaysia. itu dh mmg semangat habis. dh la sorang2. kalau kantoi ayah aku bangun kang tgok anak dy buang tebiat je. hee :)

Tengok punya tengok wahh jatuh hati dgn player malaysia. Maksud aku jatuh hati dgn kebolehan dan kecomelan mereka yg kecik lawan dgn yg gabak. ehee.. dgn warna kulit dorang yg btol2 skin tone malaysia. aku teliti keseluruhan okay. ehee *aku rakyat malaysia yg prihatin :) hee

Okay tak dinafikan dulu aku penah jugak tgok hockey game malaysia lawan. tp selalunye game menghampakan. then bila tgok ni game final. mcm teruja aku nk tengok. mcm ada satu roh yg ajak aku tengok even tgok ulangan je. hee sampaikan aku boleh hafal nama player2 tu sume. haha even aku mmg tak suke pengulas game tu. huh! slalu sgt melebihkan player australia. *emoemo

Antara player yg menjadi tumpuan aku MUHAMMAD NOOR FAEEZ IBRAHIM. ehem ehem. dari awal game lg aku dh mcm tertarik dgn style dy main. mayb dy captain. so dy jd tumpuan. ramai lg yg jadi tumpuan aku. tapi aku tetap nak mention name dy jgk. hee sbb dy nampak COOL. haha kalau korang nk tgok dy yg mane meh tengok gambar curian aku :) hee

okay tengok yang kanan je. yang tangan ketak2 tu :) ehem ehem,
Ini gambar aku curi kat fb dy :) haha alaa, nnt mntak izin la ehh. hee mest dy bagi punya. hee

Since aku tengok game semalam. bangun je pagi2 semangat aku dok cari fb dia. haha cari la nama dy. tp tak jumpa jugak. HAHA takpe usaha tangga kejayaan. aku menggunakan kuasa stalker aku *konon ade! aku jumpe dy punye fb. aku pun tanpa berfikir panjang terus ADD. dgn harapan dy cnfirm secepat mungkin. hahaha *semangat lebih ni. bila tadi bukak fb, baru cakap pasal dia tengok2 dy dh cnfirm. wahh, rezeki badan. abang hockey kite cnfirm tau. HAHA padahal semua org pun dy cnfirm aku rasa. hee :D

Aku kan konon2 ramah. ehee kiteorg pun chatting2. ehem ehem.. aku excited sbb dy pun dikire STAR. so aku chatting dgn star. kau ade? alaa, bg la aku chance nk gelabah gelabah konon2 tak penah jumpa STAR. hahaha Tp dy COOL :) aku bagi dy 4 bintang drpd 5. hee boleh eh cmtu? bagi aku player malaysia pun boleh tahan cool. tak payah la nk dibangga kan sangat player luar negara. selalunye football la kan. mcm drogba takpun drogba or drogba mahupun drogba -.-" BAHAHA

dikesempatan ini juga aku nak ucap congratulations to all malaysian hockey player. yg bertungkus lumus training utk mengharumkan nama malaysia. korangg awesome and COOL okay. kekalkan prestasi dan terus mengharumkan nama malaysia. Jaga diri, takyah nk buat pape masalah yg boleh menjejaskan karier korang. korang still muda perjalanan masih panjang.*fuhh, mcm tua sgt aku nk bg nasihat. ihiks :D GOOD LUCK FOR SEA CUP nnt and cool selalu. takyah nk hot2 sangat :) haha kbai

Wthlove,
MunirahOthman




Sunday 13 November 2011

Terlupa.

Assalamualaikum,
mandaklama :)

perghh, lama jugak tak update blog kan. ehee bz bz! sampai terlupa yang aku ada blog. HAHA kacang lupakan kulit betoi budak munirah ni tau. soryy :) esok i'll update story yg best sikit. hee sikit je. hope korang enjoy. sekarang masa nk tidur :) good night!

Wthlove,
MunirahOthman

Tuesday 8 November 2011

Wordless Wednesday # 2


Wthlove,
MunirahOthman

Masih tak terlambat, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Assalamualaikum.
mandaklama,

Jom layan gambar pewitt pewitt! haha 

*muka mintak duit :) hikhik
*zidan gigi 4 batang. HAHA

*Pelakon terhebat masa kini -.-'

*Adik ku dan sofea yang senget! hoho

*my beloved mamaya and me :) wink! iloveyou mamaya!

*Dua budak nakal. si kakak pembuli. si adik yang semakin lasak. haha miss them!


Itu antara gambar masa raya aidiladha. aku beraya kat rumah mak sedara. sebab parents bz :( tapi happening je. sbb rumah mak sedara aku best! *wink. Dorang pun keluarga aku jugak! Dikesempatan ini juga aku nak ucap selamat hari raya aidiladha buat semua. masih tak terlambatkan? sbb rumah aku still lagi ade rendang, lomang, laksa. haa, mai datang rumah kalau tak malu :) okay, malas nk taip panjang2. bz bz. HAHA kbai


Wthlove,
MunirahOthman

Saturday 5 November 2011

Harapan tinggal harapan

Assalamualaikum
mandaklama,

Dikala aku memerlukan tiada. hmm, sedih. Tapi aku mengerti akan kesulitan dan perkara yang tak dapat dielakkan. Tapi hati aku hampa lagi sebak. Diri ini cuba memahami, tapi hati tetap tidak mengizinkan. Hati tetap terasa pilu. Tapi tak ada seorang pun mengerti apa yang diri ini rasa. Hmm, sedih tat kala hajat tidak kesampaian seperti yang di idamkan ;( Tapi bukan disengajakan. Aku kena mengerti juga. Relakan hati untuk menerima. Belajar menerima. Bukan semua perkara dengan meminta boleh dapat. Setengah perkara kita kena sabar. Mungkin dengan bersabar ganjaran yang bakal diterima lebih besar. Tidak lari gunung dikejar. Bila bila ada masa bertemu juga. Bersabar. itu perkara utama. kbai

Wthlove,
MunirahOthman

HAPPY BIRTHDAY to syarifah rodiana syed rozali

Assalamualaikum
Mandaklama,

Hari ni merupakan hari sehari sebelum raya haji. Harini juga hari sabtu dan hari ini juga hari dalam sejarah. hihi *ttbe Harini merupakan hari kelahiran kakak yang bernama Syarifah Rodiana Syed Rozali atau kak na. haa, sonang. hee

Taraa, ini lah orangnya.Ececeh, hey si gadis yang manis! *keningkening :)

To kak na,
You're not getting older, you're getting better :) May the years continue to be good to you! Amin. ehem ehem, mun takda hadiah untuk kak na. hee Hanya hadiah daripada ucapan saje yang mampu. hee Semoga kak na berjaya dalam bidang yang kak na ceburi dan berbahagia disamping keluarga dan afrorian (suhail) tercinta. hikhik *suhail jangan tampaq aku! :) And good luck for your final exam nanti. Amin Dannnnnn, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk Enda, Ami, kak long&abg zul, abg naim, kak wa, kak na, naqib, naufal, mak poh, long, angah, abg madir, si kecil upinipin syazwan and si kecil comel qalesya :) Kirim Salam semua <3

INI UNTUK KAK NA :)

*macam menakutkan je! kehkeh click pada gambar untuk lebih jelas.

Wthlove,
MunirahOthman

Friday 4 November 2011

Girlfriend comel hantar message.

Assalamualaikum awakkkkkkkkk,
Mandaklama, (sebut betul2)

4 years be together with you is a hardest thing to me but i'm HAPPY you give colour to my life. Thank You :)


Bunga bunga ayat. hehe Nak karang ayat cm gini kena bukak kamus yang tebal berpoloh2 page. hee baru berjaya. biasa lah saya pure asian kan. haha *mcm takde kena mengena jeh -.-

A message from Malaysia :
Dear best best friend/boyfriend,
         Since kita terpisah jauh, cewahh jauh sangat :) Hubungan kita semakin hari semakin rapat kan kan? do you realize it? ehem ehem, jarak bukan pemisah la kiranya kan? hee Dah la tak dapat nak cntact each other. Takpa, mungkin ini dugaan untuk kitakan boyfriend? Sabar jela. Boyfriend, terima kasih dalam tak sihat awak, awak mampu lagi dengar rintihan kecik girlfriend. Girlfriend bukan nak menyusahkan awak, tapi girlfriend memerlukan someone masa tu. Terima kasih. Boyfriend memang best best friend saya. Ini kali kedua boyfriend dengar rintihan saya. Sebab selama ni boyfriend terus letak phone marah marah. Girlfriend tau, boyfriend tak suka saya nangis nangis. Sebab nanti tak comel kan? hihi Boyfriend jaga diri baik baik ea di negeri orang. Jangan gatal gatal. Duduk sana belajar elok elok. Biar nanti dapat kerja yang bagus, gaji tinggi cepat cepat masuk meminang. *Hamboih! Boyfriend jangan lupa pada ALLAH yang memberi segala ujian, kesusahan dan kejayaan kepada boyfriend. Berdoa kepadanya. Insya'allah semua dapat dilaksanakan dengan mudah :) Boyfriend, kita dah kenal lama. Boyfriend kenal hati budi girlfriend, so boyfriend jangan nak mempertikaikan nya lagi. Sbb orang lain tak setanding boyfriend. Semoga hubungan ini kekal. insya'allah, amin. Boyfriend jangan luka kan hati girlfriend tau. Sbb hati wanita sangat lembut umpama kapas. Baru ditiup sedikit, sudah mula terasa. *copy ayat awak. Akhir kata, girlfriend doakan awak sentiasa dalam keadaan sihat dan berjaya :) Dan insya'allah boyfriend akan dapat wife yang comel someday. hikhik

Do you have a message for me boyfriend? ;( I Miss You. and miss more more and more everyday. 

# I cant stand it went you look me in the eyes, I get a lump in my throat and need to cry, I've love you like a friend and even a big brother, But now the time has come and i love you as a lover :) SMN <3 ehem ehem *untung la dapat girlfriend comel. hikhik *tampaq skang!

Wthlove,
MunirahOthman




Wednesday 2 November 2011

Engkaulah kekasih hati penawar luka

Holow yaww,
Dah lama tak berjiwang secara public. Tetiba rasa mcm nak berpuisi pulak dah. act aku tktau ape nama benda ni. puisi ke sajak ke. ntah2 lirik lagu kan. tapi korang baca dan hayati setiap bait2 rangkap okay? cewahhhh *bait2 lagi (ape benda aku pun tktau)


Engkau lah tempat aku mengadu domba,
Engkau lah tempat ku bermanja,
Engkau lah tempat aku melepaskan geram,
Engkau lah juga tempat ku meluahkan segala rahsia yang lama terbuku dihati,
Engkau juga tempat ku menangis,
Engkau lah tempat untuk ku mengadu,
Engkau jugalah pemberi aku semangat dan engkau lah segala-galanya bagi ku! ;)
*angkat angkat hidung sikit* B A N G G A! hee 

Jiwang aku datang beberapa minit sejam je. So please hargai. hihi *piiiirahhhh, BOO!
Kebanyakkan orang suka sgt bercerita tentang bf/gf dorang kat dalam blog. so, tak salah kalau aku nk bercerita jugakk kann? wehh, aku pun ada bf wehh. gf lagi laa ramai kannn? keliling pinggang! *i forget how to spell waist -,- double G or satu je. haha

Back to the topic,

Bibi, kalau awak takda sayaa cnfirm tak boleh nak tidur bibi ;( saya rasa tak boleh nak berjauhan dengan awak even sekejap pun! bila awak ada disamping saya. saya rasa nyaman je. sejukk, tenang semua ada. saya rasa sangat bahagia selama kita bersama bibi :) tapi, saya tau awak sentiasa ada disisi saya walau apa pun terjadi kan bibi? sayangggg bibi. Bibi promise jangan tinggalkan saya tau. i will wait for you forever bibi :) muahhh *eh eh, melampau kau. Bibi, bila saya menangis saya tau awak sentiasa ada untuk menenangkan saya. Tengok muka awak yang sentiasa senyum tu pun dah buat saya tenang. awak selalu buat muka comel yang boleh buat saya tak tahan. tak tahan nak cubit pipi awak tu :) hiks geramm! awak comel sangat. Bila saya dalam kesusahan saya hug awak terus rasa tenang semua masalah settle macam tu saja. and i know u felt the same :) Saya sangat berterima kasih kat parent saya kerana pertemu kan kita bibi. Tak sangka akan kekal lama mcm ni kan? Saya harap kekal. insya'allah, amin. awak lah kekasih hati saya dan penawar kepada segala luka saya. SAYANG AWAKKK BIBI <3



TARAA, ni bibi aku. nama sbenar dy LEMBIK! hihi nama pun comel kan? comelnyaaaaaaaaaaaaaaa! hee
Ini pun salah satu sebab kenapa aku tak kawin lagi. -,- kbai, chaos bebeh!

Wthlove,
MunirahOthman



Wordless Wednesday # 1

Always believe in ALLAH. Because there are some questions that can't be answered by anyone it's faith. Faith in ALLAH.

Wthlove,
MunirahOthman

Tuesday 1 November 2011

Mat bangla # 1

Holo yaww,
today aku nk share satu cerita pasal mat bangla yang dah lama aku kenal :) well most of my friends know yang aku mmg tergila kan lelaki yang berkulit gelap. ala2 mcm hero industan gitu. haha kadang2 india pun aku boleh minat. yess, aku mmg satu malaysia! bukan apa, kalau suatu hari nnt aku dapat bf, tunang or suami kulit cerah. perghh, tergugat la aku weh. aku dah la berkulit pure asian. cewahh. tak putih sgt and tak gelap sgt. alaa, senang faham mat salleh mmg tergilakan warna kulit aku. *pui*

okay, back to story.
Aku kenal mat bangla sorang ni dah lama. since kita dulu2 pakai myspace lagi. haha lama kot. masa tu aku still 16years old. perghh, maju tak? aku pun tak sangka aku boleh kenal mat bangla ni. hehe mula2 biasa je kitaorg cmmnt2 sume. wehhh, dia ckp bahasa melayu kot. jgn tak pecaya pulak. haha then, aku ingat lg. time tu mmg zaman remaja ketagih sangat ber'myspace bagai. aku hari2 dok menghadap laptop sampai ke 4 pagi sume. semata nak chatting dgn mat bangla sorang ni. time tu aku rasa tengah cuti sekolah kot. orang lain punya sedap cuti lama. aku cuti kejap je. sbb aku ade latihan  kawad. ehem ehem :)

Disebabkan mat bangla ni agak good looking la kan. Nampak baik baik. boleh dibuat kawan. so aku pun dengan gatal meninggalkan phone number kat dia. (untuk dipendekkan cerita la kan)  *okay, aku gatal. then, we just love to cntct each other. sbb dy pendengar yang setia aku. well, aku byk sgt cerita kat kepala otak aku ni. no wonder la 24 hours aku boleh non stop bercerita kan. *okay tipu. Sumpah aku takda hati lgsung kat dia. aku anggap dia the best friend yang pernah aku jumpa alam maya.  *wink wink* sangat bangga ada kawan bangla kan. hee so, every night we share story together, laughing like dunia ini kami yang punyaaa and bla bla bla. macam biasa. dulu dulu kita pakai super saver je :) so tak cukup sejam tambah lagi sejam. haa, saving :)

Ermm, after beberapa bulan know each other. we decide to exchange picture. wah wah. so, time tu susah nak jumpa. semua disebabkan factor jarak kami. well, bangla jauh kan from malaysia. Nahh, hamik. handsome la weh. then aku pun show off la kat mmbe2 aku. berlagak, mcm tunjuk boyfriend! huh!
Kami pun rapat semakin rapat dan lagi rapat. he know me well. and understanding. tktau la sebab dia genetic bangla ke kan. sebab tula memahami sangat. hee

Then bila umur dah meningkat 17 for sure la aku kena ambil SPM. so aku kena focus. cehh! Aku pun decide cntct bila aku balik rumah je. no phone is allowed time aku kat hostel. sbb nak focus kan. konon.. tapi kadang kadang aku cntct dia pakai public phone! haha sempoi kan. Ala2, mcm berkorban apa saja. haha

pung plang pung plang, SPM dah nak habis. handphone aku pun  hilang dikebas orang. maybe handphone tu mmg nak menamatkan riwayat dia kat sekolah keramat tu. aku dengan rela hati redha je :) hee so, kami pun lost cntct. sob sob. sedih mula2. tapi bila hari demi hari berlalu aku lupa dia :) *wee, aku lupa daratan weh. dah jangan kawan dgn aku! hee

Tapi semuanya bermula bila......

To be continue :) chaos bebeh!

Wthlove,
MunirahOthman

Monday 31 October 2011

Friends also my priority bebeh!

Ohh kawan-kawan, awak awak dan awak. Tau tak awak pun penting bagi saya? Kalau takda awak dan awak siapa nak ambil berat kat saya bila saya berjauhan dengan family saya? and siapa nak dengar masalah saya selain family saya kalau bukan awak awak dan awak :) terima kasih awak awak! :)

(Just short description)

Dear,
Fatin Nadia. hihi Kau kawan aku yang mudah faham ape yang aku rasa. aku tau kekadang tu kau diam. tp aku tau dalam masa yang sama kau ambil tau pasal kawan kawan kau. sbb tu aku suka kawan dgn kau. and aku try nak ambil tau pasal kau. kau sendiri tau yg dulu kita tak beberapa baik plus tak rapat. mungkin tak kenal hati budi masing masing lagi. and maybe anasir anasir luar jugak yang buat kita susah nak rapat DULU! hee then after aku pindah sekolah, semua nya jadi lain kan kan? perasan tak? and now kita semakin rapat. wee! hee thanks for everythings fatin! mungkin tanpa kau perasan yang kau ada bila aku memerlukan :) thank youu <3

Hanna Rashid. si kecik yang garang dgn pakwenye. kuikuikui :) roomate dari part one lagi. mula2 biase je kite kan. after hana dh kenal mun mcm mana, haa, sampai terikut gila nya. hee bahaya utk budak kecik cm hana tau. jgn ikut selalu. hee diam tak diam kita selalu shara prob sama2 kan. wehh! SWEET kot. haha menangis je belum bersama sama. mun malu! hikhik nnt hana tanak dgr masalah mun sbb muka mun terlalu comel bila menangis. haha tp, pape pun best dapat roomate cm hana. teman segala nya. gosip penting! haha tp mun tau mun penting untuk hana ke toilet bila malam hari kannnn? haha takpe, dh biase. sbb adik mun pun dulu macam hana. rasa mcm ade adik duduk satu bilik pulak kat uitm. haha comel jeh! rinduu kat ahmad (bear) dgn Mr To! hehe

Ezah othman. kihkih. ezah ni suka marah2. hehe nnt cepat tua tau ezah. dh la mata bulat. comel jeh! hee suka kawan dgn ezah, sbb ezah gila gila. haha maksud mun bkn ezah gila tau. haha tp suka tengok ezah yang happy happy. jgn marah2. hehe nnt tak comel tau dahi tu berkerut. hihi ezahhhh ramah! mcm mun. hee sbb tu bila jumpa ezah jeh rasa mcm nk cot cet cot cet panjang2. haha nak tau tak? setiap kali mun pegi bilik ezah, sebenarnye dh set nak duduk kejap jeh. tp setiap kali pegi bilik ezah mest duduk lama. kannn? perasan tak? hahaha even dapat satu sem jeh gabung kelas dgn ezah, tapi kita tetap rapat kan? kan? best jeh kalau dapat gabung kelas dgn ezah lagi. mest ezah panggil mun duduk sebelah ezah. hee boleh gosip gosip manja. hahaha eh eh rindu ezah cubit pp mun la!!! :)

For those nama tak mention tu, korang pun still the best. Dah aku ramai kawan. mcm mana pulak nak mention semua nama kan? hee For me friends are born, not made :) I LOVE ALL MY FRIENDS. 


Wthlove,
MunirahOthman

Saturday 29 October 2011

Im weird but this is not your problem

Pabila emosi terganggu automatik aku akan rasa diganggu. bukan diganggu oleh makhluk halus. tapi diganggu orang sekeliling. #walaupun orang tu takda kena mengena pun dgn aku. Penyakit 'pelik dalaman' aku ini boleh merunsingkan orang sekeliling aku. Boleh buat orang sekeliling aku tiba tiba nak rasa serba salah. #padahal tak buat pape pun. Dalam masa boleh buat orang sekeliling aku rasa nak bunuh aku, lempang aku semaximum yang boleh.so BEWARE! untuk tidak menyusahkan diri sendiri dan mereka mereka aku mengambil keputusan utk cepat2 kunci bilik. switch off the light. cepat2 tutup baby boo (lappy). Baring 180 darjah. tutup muka dengan bantal yang bertimbun timbun. tunggu selama 5 minit. ahhh, paling kurang 5 saat. ehh, mata ku mengeluarkan cecair. ehh, dh ape hal kau? ni baru dinamakan emosi terganggu. memang sering terjadi kat diri aku dari azali lagi. so, sekarang korang takut tak nak kawan dengan aku? lepas beberapa minit aku melontarkan vokal, sambil feeling2 air mata keluar. okay sekarang im back to normal :) kehkeh and now time to parteeehhh (makan) -,-

#Ini salah satu punca aku tak kawin kawin. takda siapa nak dekat dengan aku. sbb aku ada penyakit pelik dalaman.kbai

wthlove,
MunirahOthman

Friday 28 October 2011

A big smile for me :)

Jyeahh! This is my new blog. haha hentah banyak mana blog yang dh aku buat. hee okay, This blog hanya untuk suka2 bercerita. yess, yang dah kenal aku mesti tau aku tak pernah habis bercerita. dan mulut aku tak pernah berhenti bercakap :) #okay itu tipu. Kalau korang suka dengan bakal cerita aku, go on. tak suka, boleh tutup pc pastu tidur berdengkur kuat2 :) aku suka dengan design blog aku yang sekarang ni sbb simple. insya'allah aku akan jadi blogger sejati dengan blog aku ni. and takan ade bertukar tukar lagi. HAPPY HAPPY HAPPY :) finally siap jugak aku design blog ni bagi puas diri sendiri. okay then, jumpa lagi dalam next entry. chaos!

wthlove, 
MunirahOthman