Tuesday, 29 November 2011

Terbang melayang untuk awak

Assalamualaikum,

 Kita mulakan dengan gambar hiasan yang sangat tersirat dan tersurat kunon :)




To : Awak

       Sepanjang perjuangan saya di Sri Iskandar. Awak yg berada di perantauan sana jangan gatal2. Jangan nak bermain2 jari dengan perempuan lain (chating). Awak tau kan saya mcm mana. Lagi2 keadaan disini sangat tidak mengizinkan kita berhubung. Melalui telefon bombit mahupun jejaring :'( Sangat menyedihkan bagi saya. Tak tahu lah awak bagaimana pula. Saya sangat kecewa dengan maxis sekarang ni. Kerana beliau telah buat hati saya sakit yang teramat. Oleh itu saya membuat keputusan untuk tidak berhubung awak. Untuk mengelakkan sending failed mahupun call ended. huhu Awak faham kan situasi saya disini. Sudahlah umpama katak dibawah tempurung kerana tidak keluar kampus, kecuali ingin membeli barang. Tambah lagi dengan tak ada line disini. Saya tak berhubung dengan sesiapa. Adehh, saya berasa sangat lah ulu (ape ntah tu). Perasaan saya sangat bercampur baur sekarang ni. Tidak tahu menahu nak meluahkan macam mana mahupun sesiapa. Adakah tiada org disekeliling saya yang boleh membantu? HMM. Tak dapat dikenal pasti lagi. Mungkin ada. Atau mungkin tidak. Saya seorang yang sentiasa tidak menampakkan wujudnya masalah dalam diri. Kerana saya suka melihat org disekeliling saya sentiasa gembira maka secara tidak langsung akan membuatkan saya gembira bersama dan hilang semua masalah yang berada dalam kepala otak saya. 

       Awak, awak sahaja yang mengetahui apa yang saya rasa. Tapi kenapa awak berjauhan dengan saya. Sudah hampir 3 tahun kita terpisah. BIla semua ini hendak berakhir? Adakah semua ini ada penghujungnya ataupun tidak? Ohh, musykil. Awak ada jawapan untuk soalan saya? Banyak perkara kita sudah harungi bersama. Adakah pengakhirnya baik ataupun sebaliknya? Bersama la kita berdoa agar semua nya baik baik. amin.. Awak, sepanjang pemergian saya, awak jangan sesekali cuba untuk mendua, tiga mahupun meng empat kan saya. Saya belum bersedia untuk semua itu. Tunggu lah anak anak kita besar dahulu. (lembik + bybean). Tergamak pula awak ingin membuat anak kita keliru asal usul mereka? dan dari mana mereka keluar. Cukup la kita rahsia kan dari mana kewujudan mereka yang sangat pelik itu. Awak, saya nak cakap yang saya rindu awak. Tapi saya tak tergamak. Tak tahu kenapa. 

       Awak. mungkin kawan kawan saya masih tidak mengenali awak. Mereka tidak tahu betapa pentingnya awak dalam hidup saya sebagai SAHABAT saya. Saya tidak ada sahabat lain selain awak. Tempat awak tiada pengganti. Awak tahu tak semua itu? Sahabat lagi penting daripada bf. Bf saya, (david beckham) pun tak sepenting awak. Awak merupakan sahabat saya selamanya. Awak salah seorang yang terpenting untuk hidup saya. Ingat tu. Ingat sampai bila2.

      Akhir kata, awak sesungguhnya kita mampu merancang ALLAH yang menentukan.Segala ujian yang diberi ada hikmahnya. Mungkin untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Insya'allah kita boleh harungi ini semua bersama  dengan tanpa hasutan Mr Syaitan. Amin. Awak tunggu saya tau. 

From : Saya





#Mintak maaf diatas segala kesalahan tatabahasa, ejaan, penanda wacana mahupun pembendaharaan kata atau seangkatan dengan nya. Saya merupakan insan yang lemah. Dan tidak dapat berfikir dengan dalam sewaktu menaip entry ini. Apa yang di taip mengikut perasaan yang tidak dapat dikawal. Out of control. Saya minta maaf sekali lagi. Kalau rasa perkara diatas membuatkan anda mual atau pening2. Sila buat medical check up. Mungkin anda bakal menjadi seorang ibu. Senang kan sekarang kalau nak jadi ibu :) 

Wthlove,
MunirahOthman

Monday, 21 November 2011

Mengerikan tapi tahniah diucapkan

assalamualaikum :)

ehem ehem, dh lama tk update blog rasanye. ehee orang dh masuk blaja balik kan. mane nk ade masa menghadap blog ni kan. KONONNNNN! :)

semalam final bola untuk sukan sea. perghh, sengit gila! tp Malaysia cool. rilex jeh. penonton pihak lawan berjuta mana pun takde hal la. bak sini mai!! HAHA takde gentar punya. harimau malaya kann! aummm, ehee TAHNIAH buat semua pemain malaysia. atas usaha keras anda semua :) tahniah juga kat coach and kru2 yang dh bertungkus lumus. ehee mcm aku salah sorang player je.  HAHA TAHNIAH MALAYSIA! :)

semalam aku tengok bola dh rasa mcm ade kt stadium. sbb sume tengok kat DSI (dewan sri iskandar). perghh, rmai tk hengat la kan. haha mayb setengah or lebih daripada student uitm perak yg dduk kolej turun utk support malaysia :) wanita jejaka semua ada. aku for sure la akan tergolong dalam kategori wanita kan. ehem ehem. HAHA 1st time tengok bola dgn dikelilingi dgn kaum sendiri. pergghh, telinga kebas dengar dorang menjerit. haha menjerit dari hati agaknya. dh mcm nk terkeluar anak tekak dorang tu aku rasa.NGERI! sampai game belom habis suara dh mcm nak hilang. HAHA sabar la kakak2 oi.. rilex sudah. haha then tak tahan nye lagi semua ape yg ref or pemain endon buat sume salah tu. haha defend malaysia habis habisan tu.. haha akk2 ni ikutkan perasaan sangat dah ni :) HAHA kalau ref pun salah nk mengadili game baik tak payah pkai ref kan. HAHAHA tp mmg seronok. depa nye excited tu lain pulak style nye daripada excited kaum laki. haha.. takpelah, semangat kesukanan orang kata. ehee

akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA malaysia for sukan sea!! 58 gold medal dh dapat. chaiyokk! semangat. bawa nama malaysia di tempat yg tinggi. ehh? betul ke ayat aku? hmmm --" and congratulation to malaysian athlete. korang buat malaysia bangga dengan korang semua. teruskan usaha dimasa akan datang. MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA! aauumm aaummmm *kunon harimau malaya :) ihiks

Wthlove,
MunirahOthman




Tuesday, 15 November 2011

Player malaysia pun COOL okay

Assalamualaikum :)

Ehem ehem, hee Alang2 tengah rajin menaip and ade cerita pulak nk diceritakan. baik cerita kan. sebelum penyakit malas datang. terus tanak taip pape. HEE

Semalam, hati ini langsung tkde hati nak membuka lappy or menjengah jengah tengok phone *tudiaaa kluar ayat dia. hehe Then dengan hati yang rela aku bukak la tv. selama cuti sem ni jarang aku tangok tv. kecuali tengok berita, masterchef takpun sport :) Ttbe semalam mmg tkde rancangan yg best pun. buat kan aku nak naik katil. tp tak ngntok lg. ttbe! ttbe lg, tangan aku gatai bukak astro arena. okay, one of my favourite channel jugak la kan time cuti ni. sbb ade sukan sea :)

then tengok, ada hockey game. emm, tak live. so malas la nk tengok kan. Tapi game tu baru start. so jadi la kan. Daripada tkde bnde nak tgok. masa tu game MALAYSIA vs AUSTRALIA. final utk piala sultan johor 2011. okayy, aku mmg agk terlambat. org dh rasa debaran dy 12nov aritu lg. aku baru nak rasa semalam. ehee Taktau kenapa aku blh lepas game yg ini. hehe 

Tengok punya tengok, aku kagum dgn semangat player malaysia. serious. yelaa, kaki pemain australia agak panjang daripada dorang. gabak2 semuanya. kita malaysia ni semua comel2 belaka. Tapi dorang semangat gila.. main laju pun laju. setanding la dgn australia yg gabak2 belaka tu :) tabikk lah. ini baru COOL. ehee *tabik sambil kenyit2 mata. haha

Aku tengok dorang main, mcm konon2 game tu live. semangat habis aku tengok. HAHA itu nak menunjukkan aku mmg malaysian die hard supporter la! ehee, Nasib semalam tak pakai jersi malaysia. itu dh mmg semangat habis. dh la sorang2. kalau kantoi ayah aku bangun kang tgok anak dy buang tebiat je. hee :)

Tengok punya tengok wahh jatuh hati dgn player malaysia. Maksud aku jatuh hati dgn kebolehan dan kecomelan mereka yg kecik lawan dgn yg gabak. ehee.. dgn warna kulit dorang yg btol2 skin tone malaysia. aku teliti keseluruhan okay. ehee *aku rakyat malaysia yg prihatin :) hee

Okay tak dinafikan dulu aku penah jugak tgok hockey game malaysia lawan. tp selalunye game menghampakan. then bila tgok ni game final. mcm teruja aku nk tengok. mcm ada satu roh yg ajak aku tengok even tgok ulangan je. hee sampaikan aku boleh hafal nama player2 tu sume. haha even aku mmg tak suke pengulas game tu. huh! slalu sgt melebihkan player australia. *emoemo

Antara player yg menjadi tumpuan aku MUHAMMAD NOOR FAEEZ IBRAHIM. ehem ehem. dari awal game lg aku dh mcm tertarik dgn style dy main. mayb dy captain. so dy jd tumpuan. ramai lg yg jadi tumpuan aku. tapi aku tetap nak mention name dy jgk. hee sbb dy nampak COOL. haha kalau korang nk tgok dy yg mane meh tengok gambar curian aku :) hee

okay tengok yang kanan je. yang tangan ketak2 tu :) ehem ehem,
Ini gambar aku curi kat fb dy :) haha alaa, nnt mntak izin la ehh. hee mest dy bagi punya. hee

Since aku tengok game semalam. bangun je pagi2 semangat aku dok cari fb dia. haha cari la nama dy. tp tak jumpa jugak. HAHA takpe usaha tangga kejayaan. aku menggunakan kuasa stalker aku *konon ade! aku jumpe dy punye fb. aku pun tanpa berfikir panjang terus ADD. dgn harapan dy cnfirm secepat mungkin. hahaha *semangat lebih ni. bila tadi bukak fb, baru cakap pasal dia tengok2 dy dh cnfirm. wahh, rezeki badan. abang hockey kite cnfirm tau. HAHA padahal semua org pun dy cnfirm aku rasa. hee :D

Aku kan konon2 ramah. ehee kiteorg pun chatting2. ehem ehem.. aku excited sbb dy pun dikire STAR. so aku chatting dgn star. kau ade? alaa, bg la aku chance nk gelabah gelabah konon2 tak penah jumpa STAR. hahaha Tp dy COOL :) aku bagi dy 4 bintang drpd 5. hee boleh eh cmtu? bagi aku player malaysia pun boleh tahan cool. tak payah la nk dibangga kan sangat player luar negara. selalunye football la kan. mcm drogba takpun drogba or drogba mahupun drogba -.-" BAHAHA

dikesempatan ini juga aku nak ucap congratulations to all malaysian hockey player. yg bertungkus lumus training utk mengharumkan nama malaysia. korangg awesome and COOL okay. kekalkan prestasi dan terus mengharumkan nama malaysia. Jaga diri, takyah nk buat pape masalah yg boleh menjejaskan karier korang. korang still muda perjalanan masih panjang.*fuhh, mcm tua sgt aku nk bg nasihat. ihiks :D GOOD LUCK FOR SEA CUP nnt and cool selalu. takyah nk hot2 sangat :) haha kbai

Wthlove,
MunirahOthman




Sunday, 13 November 2011

Terlupa.

Assalamualaikum,
mandaklama :)

perghh, lama jugak tak update blog kan. ehee bz bz! sampai terlupa yang aku ada blog. HAHA kacang lupakan kulit betoi budak munirah ni tau. soryy :) esok i'll update story yg best sikit. hee sikit je. hope korang enjoy. sekarang masa nk tidur :) good night!

Wthlove,
MunirahOthman

Tuesday, 8 November 2011

Wordless Wednesday # 2


Wthlove,
MunirahOthman

Masih tak terlambat, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Assalamualaikum.
mandaklama,

Jom layan gambar pewitt pewitt! haha 

*muka mintak duit :) hikhik
*zidan gigi 4 batang. HAHA

*Pelakon terhebat masa kini -.-'

*Adik ku dan sofea yang senget! hoho

*my beloved mamaya and me :) wink! iloveyou mamaya!

*Dua budak nakal. si kakak pembuli. si adik yang semakin lasak. haha miss them!


Itu antara gambar masa raya aidiladha. aku beraya kat rumah mak sedara. sebab parents bz :( tapi happening je. sbb rumah mak sedara aku best! *wink. Dorang pun keluarga aku jugak! Dikesempatan ini juga aku nak ucap selamat hari raya aidiladha buat semua. masih tak terlambatkan? sbb rumah aku still lagi ade rendang, lomang, laksa. haa, mai datang rumah kalau tak malu :) okay, malas nk taip panjang2. bz bz. HAHA kbai


Wthlove,
MunirahOthman

Saturday, 5 November 2011

Harapan tinggal harapan

Assalamualaikum
mandaklama,

Dikala aku memerlukan tiada. hmm, sedih. Tapi aku mengerti akan kesulitan dan perkara yang tak dapat dielakkan. Tapi hati aku hampa lagi sebak. Diri ini cuba memahami, tapi hati tetap tidak mengizinkan. Hati tetap terasa pilu. Tapi tak ada seorang pun mengerti apa yang diri ini rasa. Hmm, sedih tat kala hajat tidak kesampaian seperti yang di idamkan ;( Tapi bukan disengajakan. Aku kena mengerti juga. Relakan hati untuk menerima. Belajar menerima. Bukan semua perkara dengan meminta boleh dapat. Setengah perkara kita kena sabar. Mungkin dengan bersabar ganjaran yang bakal diterima lebih besar. Tidak lari gunung dikejar. Bila bila ada masa bertemu juga. Bersabar. itu perkara utama. kbai

Wthlove,
MunirahOthman