Tuesday 29 November 2011

Terbang melayang untuk awak

Assalamualaikum,

 Kita mulakan dengan gambar hiasan yang sangat tersirat dan tersurat kunon :)




To : Awak

       Sepanjang perjuangan saya di Sri Iskandar. Awak yg berada di perantauan sana jangan gatal2. Jangan nak bermain2 jari dengan perempuan lain (chating). Awak tau kan saya mcm mana. Lagi2 keadaan disini sangat tidak mengizinkan kita berhubung. Melalui telefon bombit mahupun jejaring :'( Sangat menyedihkan bagi saya. Tak tahu lah awak bagaimana pula. Saya sangat kecewa dengan maxis sekarang ni. Kerana beliau telah buat hati saya sakit yang teramat. Oleh itu saya membuat keputusan untuk tidak berhubung awak. Untuk mengelakkan sending failed mahupun call ended. huhu Awak faham kan situasi saya disini. Sudahlah umpama katak dibawah tempurung kerana tidak keluar kampus, kecuali ingin membeli barang. Tambah lagi dengan tak ada line disini. Saya tak berhubung dengan sesiapa. Adehh, saya berasa sangat lah ulu (ape ntah tu). Perasaan saya sangat bercampur baur sekarang ni. Tidak tahu menahu nak meluahkan macam mana mahupun sesiapa. Adakah tiada org disekeliling saya yang boleh membantu? HMM. Tak dapat dikenal pasti lagi. Mungkin ada. Atau mungkin tidak. Saya seorang yang sentiasa tidak menampakkan wujudnya masalah dalam diri. Kerana saya suka melihat org disekeliling saya sentiasa gembira maka secara tidak langsung akan membuatkan saya gembira bersama dan hilang semua masalah yang berada dalam kepala otak saya. 

       Awak, awak sahaja yang mengetahui apa yang saya rasa. Tapi kenapa awak berjauhan dengan saya. Sudah hampir 3 tahun kita terpisah. BIla semua ini hendak berakhir? Adakah semua ini ada penghujungnya ataupun tidak? Ohh, musykil. Awak ada jawapan untuk soalan saya? Banyak perkara kita sudah harungi bersama. Adakah pengakhirnya baik ataupun sebaliknya? Bersama la kita berdoa agar semua nya baik baik. amin.. Awak, sepanjang pemergian saya, awak jangan sesekali cuba untuk mendua, tiga mahupun meng empat kan saya. Saya belum bersedia untuk semua itu. Tunggu lah anak anak kita besar dahulu. (lembik + bybean). Tergamak pula awak ingin membuat anak kita keliru asal usul mereka? dan dari mana mereka keluar. Cukup la kita rahsia kan dari mana kewujudan mereka yang sangat pelik itu. Awak, saya nak cakap yang saya rindu awak. Tapi saya tak tergamak. Tak tahu kenapa. 

       Awak. mungkin kawan kawan saya masih tidak mengenali awak. Mereka tidak tahu betapa pentingnya awak dalam hidup saya sebagai SAHABAT saya. Saya tidak ada sahabat lain selain awak. Tempat awak tiada pengganti. Awak tahu tak semua itu? Sahabat lagi penting daripada bf. Bf saya, (david beckham) pun tak sepenting awak. Awak merupakan sahabat saya selamanya. Awak salah seorang yang terpenting untuk hidup saya. Ingat tu. Ingat sampai bila2.

      Akhir kata, awak sesungguhnya kita mampu merancang ALLAH yang menentukan.Segala ujian yang diberi ada hikmahnya. Mungkin untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Insya'allah kita boleh harungi ini semua bersama  dengan tanpa hasutan Mr Syaitan. Amin. Awak tunggu saya tau. 

From : Saya





#Mintak maaf diatas segala kesalahan tatabahasa, ejaan, penanda wacana mahupun pembendaharaan kata atau seangkatan dengan nya. Saya merupakan insan yang lemah. Dan tidak dapat berfikir dengan dalam sewaktu menaip entry ini. Apa yang di taip mengikut perasaan yang tidak dapat dikawal. Out of control. Saya minta maaf sekali lagi. Kalau rasa perkara diatas membuatkan anda mual atau pening2. Sila buat medical check up. Mungkin anda bakal menjadi seorang ibu. Senang kan sekarang kalau nak jadi ibu :) 

Wthlove,
MunirahOthman

No comments:

Post a Comment