Friday, 2 November 2012

Lelaki dan posture

Assalamualaikum.

ehem ehem, cakap pasal fizikal luaran. BAGI AKU lelaki yg hensem atau lebih kepada ayat tidak untuk meriakkan lelaki yg sedap mata AKU untuk memandang  ialah lelaki yg mempunyai posture badan yg cantik.  tk semestinya badan yg tough tu hensem. tak semestinya badan yg kurus sgt tk hensem. point yg aku cuba ckp ni lebih kepada seseorang lelaki tu tk membongkok, tidak menyondong. menyondong? -,-' mahupun tidak terlalu mendada. bg aku lelaki yg mempunyai straight posture itu hensem, kacak, lg tampan. bahahaha

eemmm, nak contoh?

dari sudut tepi
*gmbar dr pakcik google

sudut depan
*gmbar dr pakcik google

sudut tepi. okayy ini hot! auumm auumm. HAHA
*gmbar dr pkcik google





yg ini pulak posture badan yg mungkin akan mengangu mata aku.

*gambar dr pakcik google

*gambar dr pakcik google


kalau posture badan yg mcm ni aku rasa mcm nk pegi betulkan jeh kasi lurus. hmm. mungkinkah terjadi posture badan mcm ni sbb sememangnya dh terbentuk mcm tu dr kecik. sbb tk dilatih utk tegakkan badan dr kecil. atau rasa malas untuk menampung bahu yg berat kejahatan/kebaikan. HAHA atau malas utk show off dada yg bidang -,-' (okay, korang laki bkn pompuan) atau korang kurang keyakinan diri. emm, maybe masing2 ada kelebihan masing2 mana nk tau org yg bongkok tiga pun bg korang still hensem lg kan? EH! ngeh ngeh ngeh. itu kategori membongkok jgk ke? hahaha 

sbnanya kalau perempuan yg mempunyai posture badan mcm ni pun mengangu aku. tp aku rasa perempuan ada reason dy tersendiri kenapa. kalau disenaraikan mungkin ada banyak kemungkinan. HAHA sbb tu aku mls nk ckp psl perempuan. mereka lebih mengenali diri mereka. kahkah 

*so kepada lelaki diluar sana. sbnarnya tak kira mcm mana rupa korang punnnn. haha kalau dh hensem tu hensem la. kalau kurang hensem (pndangan diri sendiri) tu jgn kecik hati, sbnarnya ada dari sudut2 yg korang sendiri tk nmpak org lain nmpak hensem. wife korang tau. so, yg dh kawen pegi tnya wife korang. yg belum pegi kawen cpt. HAHA

Thankyou.

Withlove,
MunirahOthman.


Wednesday, 24 October 2012

Singkat dan gedik

Assalamualaikum,

I LOVEEEEEEEE this dress :) gahahaha
Madam besar :)

kbye!

WithLove,
MunirahOthman


Sunday, 21 October 2012

Cita-cita

Assalamualaikum.

teringat masa kecik2 dulu. bila cikgu tanya nak jd apa. Semua org nak jd cikgu, polis, bomba, doktor. haha Dulu time aku kecik. sampai darjah 6 cita2 aku tetap sama. nak jd polis. bahahaa tu pun disebabkan dorongan rakan sebaya yg yakin bahawa aku ni ganas dan sesuai sgt jd polis. kahkah Naik sekolah menengah aku dh berjinak2 kearah keremajaan. ecewahh. HAHA fikiran dh mula waras. and cita2 bertukar. Aku mmg nak jd seorang arkitek. Ntah. bg aku arkitek ni macam styleee jeh. hehe aku rasa arkitek ni style sbb boleh dpt projek besar2. lukis plan besar. gaji besar. auum auummm. hehe so, aku mula berangan in the future aku akan beli kereta besar. and i can buy my dream car.
                                   
walawehhhh. feveret!! :)

Tapi disebabkan aku malas sgt belajar. hehe aku tak dpt capai ape yg aku nakkan and and tersalah percaturan. hewhew.. but i still on the same platform. i guess. HAHA and now, aku dalam jurusan graphic. Mula2 dlu aku asek tertanya2. Ape aku dh buat dgn diri aku. ape yg dh jd dgn diri aku? Keputusan ape yg aku dh buat? Aku keliru. Keliru dgn pilihan sendiri. Aku sekolah ambil jurusan civil engineering. Tapi ape pulak kena mengena dgn graphic? err. 

Since aku kecil lg aku dh pun di kembangkan dgn ilmu kesenia. Ni semua sbb mak aku keje dkt balai seni lukis negara. Oleh itu, ecewahhh. mak aku angkut kesemua anaknya kebidang seni. Tapi malangnya aku sorang je anak mama yg tersangkut dlm  bidang seni. ngehngeh. badi ape dh melekat. Bila difikirkan, aku mula rasa dlm adik beradik aku, aku yg paling pelik dan ganjil. heh! Semua adik beradik aku dlm bidang sains. aku sorang terpesong. Dan semua tu buatkan aku rasa paling LOOSER :( 

lama kelamaan aku mula sebati dgn keputusan yg aku ambil. aku mula seronok dgn ape yg aku telah buat selama 4 sem. yessss! Selepas 4 sem aku belajar baru aku rasa ada jiwa, ada nafsu dgn apa yg aku buat. Selama ni ape aku buat? haa, aku buat bkn dgn jiwa aku., Aku buat sbb aku kena buat. HOHO andddd now, aku dapat rasa kan kalau aku usaha lebih, aku akan berjaya dalam bidang yg aku ambil. tapi sekarang aku tgah bercakap psl cita2. HAHA Cita2 aku nak jd business woman yg berjaya in my own wayy la kan :) Yes, ape yg aku buat sekarang akan aku teruskan. Aku nak habiskan ape yg aku ambil sekarang ni sampai master. dalam masa yg sama aku nk bukak business sendiri. yer, itu angan2 aku. tapi i have to make sure itu semua bukan sekadar angan2. Insya'allah dgn izin ALLAH itu semua akan jd kenyataan :) aminnn i have to work hard and harder to make sure my dreams come true *winkwink pray for me.

WithLove,
MunirahOthman

Tuesday, 18 September 2012

Note for you #1

Assalamualaikum,

Ehem ehem, awakkkkk imissyou :( sorry for a few days dh tak contact awak. Kite takde kredit and takde masa :( Kite dkt sini bkn pegi menggatal. Kite belajar. Siap kan keje. Lagi 2 minggu je. Lepas ni habis semua ni. And insya'allah kite masuk alam pekerjaan pulak. Okay itu sbenanya nmpak macam interesting. Tapi kite takut kalau lpas keje nnt kite lg busy. hmm :( im so sorryyyyyyy. I know u always be so understanding sayang. Kite hargai sgt. Kite sayang awak. And i know awak jugak. hihi THANKSSSSS demuk!

WithLove,
MunirahOthman.

Friday, 14 September 2012

Kembali bernafas

Assalamualaikum.

Ehem ehem. After beberapa dekad blog aku bersawang and bertahi cicak bagai. Finally jari2 runcing aku pun mula nk bergerak pantas kembali. hee Okay, bosan? sila jangan follow dh. Aku act dh lama tak post pape sbb aku lupa pass blog aku. haha aku mmg bab2 mengingat ni loser gilaaa -,-' And and now, IM BACK uolllssssss :) sesapa yg follow blog aku sila lah kembali active baca blog aku ni ek ek ek? haha aku ada banyaakkkkkkkkkkkk cerita nak story. tp aku tgah final sem skrang so kinda busy right now. so, aku start nk celoteh kat sini dlm bulan 10 nnt. HAHA time tu aku MERDEKKKKKKKKKKKKKKKKKKAAAAAAAAAAAAAA! time tu aku blh buat ape yg aku suka. hehehe and aku sangat lah tak sabar nk habis. Sbb semua keje aku skrang hampir buat aku gila -,-' PRAY FOR ME. and i will do my best. gambate for me :)

WithLove,
MunirahOthman

Monday, 16 January 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Ehem ehem, akhirnya lembut juga hatinya. alhamdulillah. Dengan berkat doa, usaha dan kesabaran ini hasilnya. bersyukur sgt2 :) Terima Kasih ya ALLAH.

Wthlove,
MunirahOthman

Thursday, 12 January 2012

Tiada tajuk #2

Sedih. Tapi kenapa? Sedih dgn pemergian kau. Kau bukan sekadar hilang didepan mataku. Tapi dimata keluarga kau. Pernah tak kau sedar ramai orang sayang kan kau? Terutama keluarga kau sendiri. Sebab tu mereka risau. Dan tidak langsung jugak aku pun terkena tempias risau. Kerana berduyun msg masuk phone aku menanyakan kau dimana. Tolong lah fikir sikit. Kau tanak bg tau lokasi kau mana takpa. sekurangnya bg la tau apa2 yang menunjukkan kau tu selamat.Susah untuk aku menggambarkan rasa isi hati aku ini. Bercampur baur. Aku sedih. sedih. sedih. sedih memikirkan kau. Tak cukup lg ke air mata ni habis kerana kau? Aku manusia dan seorang perempuan. Aku tidak mampu untuk sorokkan isi hati aku. Aku tidak mampu untuk simpan apa yang aku rasa. Aku sedih dgn tindakan yang kau lakukan. Aku sedih dgn sikap kau. Aku umpama tidak wujud dalam diri kau. Aku mcm bukan sahabat kau seperti yang kau perkatakan selama ini. Macam tiada guna ni wujud dalam hidup kau. Aku juga mampu untuk menemani kau dikala kau dalam kesusahan. Susah sangat ke kau nk percaya? Aku berdoa agar ALLAH lembutkan hati kau. Agar ALLAH lindungi kau. Agar ALLAH tunjuk kan kau jalan yang benar untuk kau meneruskan perjalanan kau nanti. AMIN. Dan tidak dinafikan, aku rindu kau kau. Aku rindu kau yang sentiasa berada disamping aku :'( k, bye.

Wthlove,
MunirahOthman

Wednesday, 11 January 2012

Tiada tajuk #1

Ya ALLAH, kau lindungi lah dia. Kau lembutkan lah hati dia ya ALLAH. Kau beri lah ketenangan jiwa kepadanya ya ALLAH. Kau beri dia petunjuk jalan yang benar dan diredhaimu ya ALLAH. aminn

Thursday, 5 January 2012

Birthday aku dan hadiah yang unik

Assalamualaikum,

Okay, ini first entry aku untuk 2012. ehee Even baru beberapa hari bertemu 2012 tapi dh banyak perkara yang best jadi dalam diri aku. Okay, thanks :) tujukan kat siapa pun aku taktau. haha sbb ramai buat hati aku gembira even hati aku kecewa, remuk, parah lagi retak. *okay jangan nk nmpak terok sgt* ehee

Ehem ehem, 2nd january aritu berlangsungnya birthday aku. HAHA Okay aku dh 20. Kau dah? belum kan? haha sila jealous :) ehee. BAJET! Alright, birthday aku takda la sampai nak berpartyyy ke ape kan. Tapi cukup la bila semua family and family mak sedara aku semua ada nak sambut hari kelahiran aku. TERIMAAA KASIH SEMUAAA :) sayang semua. ehee Dah agak da diorang nak smbut. Sbb awal2 lagi aku dh ternampak kek yang kunon2 dinyorok kan. bahaha aku sndiri yg buat bnda surprise jadi tk. hee

Okayy, hadiah? Semakin umur meningkat semakin kurang lah hadiah kita dapat, haha itu kesimpulan yang dapat aku buat :) Itu semua tak penting. Orang dh ingat birthday aku pun dh okay. hee kepada yang dh berjanji tu nk bg hadiah, sila tunaikan janji anda. BAHAHA :)

.. Thanks Mama, Baba, Abg, Kak sara & abg aiman (bakal abg ipar) sbb beli kan ya kek. Thanks jugak kat adik musyuk aku sbb bagi ya baju FOS. Even kantoi harga baju tu :) Thanks kak along sbb belikan ya baju UNIQLO. hihi Baru mcm nak cuba2 shopping sana tapi dh dapat baju pulak. So takyah la kan. haha merasa sekali dah la. JIMAT! :) hee Thanks jugak kat mamaya sbb bagi ya RM**** sebagai hadiah. hikhik Thanks kat kak fizan sbb bagi mun frame yang comel sbb ada gmbar mun yang comel :D hahaha *tampar skrang* Tak lupa jugak dekat abg berjambang sbb bagi hadiah yang sgt unik :) Thanks again semua!

HADIAH-HADIAH YANG COOL :) ehee

Hadiah yang comel dari kak fizan :) 
Baju FOS dari adik musyuk!
Baju UNIQLO bunga bunga yang comel jugak :) hihi
hadiah unik dari abg berjambang yang awesome! hee TERIMA KASIH :) Kita seronok! haha

Wthlove,
MunirahOthman

Friday, 30 December 2011

Sejenak bersama Dr. Munirah ehem ehem #1 :)

Assalamualaikum,

okay, hari ni aku nak bg sikit tips. bahaha mcm bagus je kan? ehem ehem, mmg bagus pun :) *kening kening. okayy, ini tips aku nk ikut suka korang la. tanak sudah. ehee :D

#1 : Kadang-kadang kita perlu terluka untuk maju kehadapan dan gagal untuk mengetahui sesuatu perkara


#2 : Kadang-kadang dengan membasuh mata kita dengan air mata boleh memberi kita semangat dan nafas yang baru. So tak payah nk malu dan takut2 nak cuci mata kita. Itu normal.


#3 : Kita tidak tahu apa yang kita ada, sehingga kita kehilangannya. Dan sekali ianya hilang, mungkin kita tak dapat kembali. Maka hargailah sebaik mungkin peluang atau apa sahaja yang kita dah miliki.


#4 : Cinta itu umpama jatuh basikal yang terok. Akhirnya akan meninggalkan parut, kecederaan dan ingatan selama-lamanya. Jadi sebelum nk gatai bercinta, faham dulu jenis orang mcm mana yang boleh faham dan jaga kita sampai ke mati.


#5 : Orang selalu sangka memiliki sesuatu yang membuatkan kita jadi lengkap. Tetapi, melepaskan juga boleh buat diri kita jadi lengkap. Faham betul2.


#6 : Bila time BERCINTA, semua pasangan akan kata dan menabur janji tanak tengok kita disakiti. Tapi, mesti ada yang buat sebaliknya. Masa korang menyakiti pasangan korang tu, korang tengah tutup mata ke? ihiks so, jangan berjanji perkara yang belum pasti terjadi.


#7 : Perkara paling sukar semasa kita sudah meningkat dewasa adalah membuat keputusan sendiri. Jadi untuk mengelakkan daripada lebih sukar, kita hanya berfikir tentang apa yang baik untuk diri sendiri. Tidak bermakna kita fikirkan kepentingan kita, kita tidak endahkan perasaan orang lain. tapi sekiranya mereka faham dan boleh berfikir seperti dewasa mereka akan hormat keputusan kita.


*Untuk tips yang lain sila kemukankan soalan. HAHA kalau boleh tolong, tolong la eh eh? :) ihiks. Dengan soalan anda semua bakat as kaunselor aku akan diasah. TERIMA KASIH kepada yang selama ini mintak nasihat, pendapat or tips kat aku. Aku hargai. Bukan nk bangga bagai, tapi just persediaan untuk aku kejar cita-cita. hikhik *okay dh poyo sgt da ni :)

Wthlove,
MunirahOthman

Thursday, 29 December 2011

FINALLY

Assalamualaikum,



# I made a choice to finally let go, because I can't stand the pain, it's time for my last tear to fall and smile again :)


# I cried today. Not because I miss you. or even wanted you. but because I realized I'm gonna be all right without you :)


# Sometimes it's better to be alone. No one can hurt you that way :)

Wthlove,
MunirahOthaman

Wednesday, 28 December 2011

nolstalgia #1

Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are



Wthlove,
MunirahOthman

What should i do?

Assalamualaikum,

Ape yang tiada? ohh, aku tiada lagi tempat untuk mengadu domba. Aku kini keseorangan. Aku tak sampai hati untuk menyusahkan individu lain. Semua sebab individu lain sudah banyak berkorban kerana aku. Cukup la selama ini aku menyusahkan dengan bebanan yang sepatutnya aku pikul sendiri. Hmm, insan yang sentiasa berasa di sisi ku kini tiada lagi disisi ku. Insan itu sudah pergi jauh daripada aku :( yess, i know awak tak pernah lupa saya. Tapi semua ini sebenarnya terjadi secara drastik. Siapa boleh terima kejutan yang sangat drastik? Ntah la. Kadang2 aku lupa siapa aku, apa status aku. Aku lalai. Sekiranya perkara ni semua terbongkar? mcm mana? ehhh, aku ke yang bersalah dalam hal ini? hmm, aku buntu buntu dan buntu. tapi aku tau setiap masalah ada jalan penyelesaian nya. Aku cuma perlu kuat dan berani tempuh segala dugaan yang ada sekarang dan bakal  nanti. Aku mesti buat keputusan secepat mungkin. supaya aku tidak melukakan hati sesiapa pun. mungkin kah aku akan melarikan diri buat kali ke dua? adakah melarikan diri itu boleh menjawab segala soalan yang bermain di dalam fikiran aku ini? ohh, munirah kau boleh harungi perkara ini. kau kuat. Kau tak pernah lemah. Itu bukan kau. kbye

Wthlove,
MunirahOthman

Monday, 19 December 2011

Pilihan

Assalamualaikum..

Manusia selalu diberi pilihan. Sama ada pilihan didepan mata atau pilihan yang kita tau ada tapi jauh dimata insya'allah dekat dihati. hikhik

Tapi tahukah anda membuat sesuatu keputusan atau pilihan itu sangat lah dan amatlah susah? poloh poloh aku nk buat satu keputusan wlaupun untuk diri sendiri. Sampai sekarang aku memberi harapan kepada individu yang sangat baik hati dengan aku. Tapi aku tak mampu. Sebab aku lemah. Aku tak tau nk buat apa. Aku buntu, Disebabkan aku mempunyai perasaan mcm tu, aku buat buat COOL. Tp cool aku buat aku runsing dan individu lain resah gelisah. What have i done? hmmm --"

Wthlove,
MunirahOthman

Wednesday, 14 December 2011

terbaik atau terhebat?

Assalamualaikum.

Sila silalah abaikan title yang panjang tu --"
Semua manusia senang dan mengambil masa yang singkat untuk menilai orang lain. Tapi untuk menilai diri sendiri? Ada yang mampu dan ada juga sampai ke sudah tak mampu. Sbb DIA rasa semua perkara yang DIA buat semua betul dan orang lain salah :) Tetapi dengan menilai diri orang lain juga sikit sebanyak dapat perbaiki diri sendiri. ehem ehem. Aku tidak menunding post aku kali ni kat sesiapa. Tapi sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri aku juga. Kerana aku juga manusia. Selalu alpa dan lupa.

Bukan semua orang mampu untuk mendengar nasihat dan pendapat orang lain. Dan bukan semua orang juga mampu melafazkan kata maaf sekiranya dah tahu mereka salah. Tips untuk menggelak daripada disabit salah walaupun mmg bersalah. Just switch mood korang ke mood 'BAD MOOD' :) maka orang lain tidak akan mempertikaikan dan tak kata apa2. sbb orang yang baik hati mcm aku, mungkin akan terdetik di benak hati ohh ada masalah la tu :)

Bila orang lain menggelar diri aku sebagai KAWAN. aku jadi takut, sbb title kawan sebnarnya besar. Kalau kita tak mampu bawak. mungkin banyak hati terguris dan munculnya pelbagai perasaan kurang enak. Sebagai kawan kita mest nak jadi yang terbaik. Bukan sekadar kawan masa susah dan senang. Tapi kawan yang boleh menjaga hati kawan yang lain. Dan hormat peribadi kawan yang lain :)

Hati. Hati manusia sangat sensitif. baik lelaki mahupun perempuan. Macam mana kuat pun hati seseorang lambat laun hati mereka boleh terguris juga kalau ada yang mengusiknya dengan perkara yang tak sepatutnya.  Jaga segala perkataan yang dikeluarkan daripada mulut kita. Kerana mungkin dgn satu patah perkataan sahaja mampu untuk  hati org lain terguris. Bila hati kita terguris dgn kata2 orang lain cuba berfikir tentang diri sendiri. Adakah kita juga begitu selama ni? Adakah kita juga sering buat org lain terguris dgn kata kata kita? fikir. semua tanpa kita sedari :)

Bila kita hidup berkumpulan, mesti ada salah seorang daripada kumpulan kita nk jadi yang TERhebat. dan ada juga yang TERlemah. yang terhebat selalu nak arahan atau idea mereka dituruti. yang terlemah mengikut sahaja tanpa bantahan namun hati tidak merelakan. sedih. Aku pernah alami yang terlemah. Maka aku tau mcm mana perasaan. Aku bukan sengaja nk jadi yang TERlemah. tapi aku terlalu hormat kawan2 aku. dan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk mereka. Tapi aku salah. jadi yang terlemah bukan boleh bg aku gembira. Tapi bagi aku sengsara. Aku tak minta untuk jadi yang terhebat. tapi aku minta untuk jadi yang terbaik dgn yang TERhebat supaya kami boleh berdebat dan dengan tidak sedar segala2 boleh dikongsi bersama. dan apabila terbaik bertemu dgn terhebat maka mereka akan lebih hormat sesama mereka. mcm dua2 taiko la. taiko mest hormat taiko kan? :) begitu juga bila berkawan. tak mintak lebih. tapi aku mintak SEORANG KAWAN HORMAT HORMAT KAWAN YANG LAIN dari semua segi :)

Bila orang tanya mana kawan kau. Aku mampu menunding jari dan menyatakan siapa kawan aku. Tapi tak semua kawan aku boleh jadi sahabat aku :) Aku sedang perbaiki diri aku untuk jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin dahulu susah untuk orang lain pijak aku. Dan sekarang dengan semudah ABC org boleh memijak aku. Sebab apa semua ini terjadi? KERANA AKU SEDANG BELAJAR JADI YANG TERBAIK DARIPADA ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU. DAN ORANG YANG SEDANG MEMIJAK AKU mungkin rasa mereka hebat. tapi salah. mereka adalah insan yang lemah. Sbb tu mereka perlu jadi yang terhebat :D Sekian Terima Kasih.

*segala ayat ada maksud yang tersirat. Cari maksud yang tersirat. Maka sama-sama lah kita jadi orang yang terbaik dan bukan terhebat :D

Wthlove,
MunirahOthman

Monday, 5 December 2011

Isnin


Click pada gambar utk lebih jelas :)

Jom tolong muntah sama-sama ngan aku :'( nasib tadi 2-4 tadi class cancel. letcr pun agaknye nk muntah tgok student yang sama. HAHA :) Takpela. sikit je lg dh nak habis belajar. bertahan jela. kbye

WthLove,
MunirahOthman

Saturday, 3 December 2011

Hadiah daripada budak bajet sweet :)

Untuk awak, (bakal suami ke2)


Abg, aby tak mampu nk mencurahkan kata2. Sebab hari2 aby dh curahkan segala-galanya. Tapi yang aby nk sampaikan, iringilah segala apa yang kita lakukan dengan doa. Supaya apa yang kita buat diberkati dan kita sentiasa diberi petunjuk untuk menjadi lebih baik. Bkn dari segi org melihat tapi dari segi kita sebagai diri sendiri yang melihat diri kita. Aby tak sempurna abg pun sama. Dan cinta kita pun tak sesempurna cinta padaNYA. Tapi kita mampu mencuba dgn sentiasa berdoa untuk diri masing2 dan menabur segala kasih sayang yang ada. Kita mencuba. Sekiranya tidak berjaya, itu bkn pengakhiran cinta kita. Kita masih boleh cuba sampai suatu tahap yang kita sendiri tak tahu apa akan jadi. Kita hanya merancang ALLAH yang menentukan :) Kita tawakal dan redha. Insya'allah everything goes well. amin.. Yes, sayang kita tak bawa kemana. Biar kita simpan sayang masing2 dalam hati kita. Kita sampaikan sayang kita melalui doa. Okay? :)


Dari saya.


Wthlove,
MunirahOthaman

Malu gila.

Assalamualaikum.
Aku still aku. Aku malu, tapi tidak gila. Aku malu tapi still boleh hargai. Aku malu dan tak sangka. Aku malu dan malu :) *takadamotifpun

Tapi aku still malu sampai tak mampu untuk menutup muka. Aku malu dengan masyarakat dan aku malu dgnNYA. sebab? Sebab aku tak sangka, selain ALLAH yang satu, keluarga, kawan kawan ada lagi insan yang sayang diri aku :) pewittt, ada lg kan org yang mampu sama sama jatuh dan berdiri dgn aku. terharu weh. Sampai meleleh air edung! huh.

AMARAN! 
Entry ni takde kena mengena dgn, AKU SUKA MENUNJUK mahupun AKU SORANG JE YANG ADA ORG YANG SAYANG. ihiks Aku faham, manusia sentiasa salah faham, salah erti, salah tanggapan dan macam2 lagi manusia selalu salah. so, aku bg tau awal2. Supaya kepada sesiapa yang selalu salah tidak salah untuk kali ini :) terima kasih.

TUJUAN :
Aku sekadar ingin berkongsi. Jangan baca plus tengok if korang rasa korang ade penyakit asma :)

okay back to the topic. Aku malu kerana hari ini 04 DISEMBER 2011. Tarikh ini merupakan tarikh genapnya aku melangkah ke 21bulan bersama dengan abg 'david' aku. Kenapa time 12bulan aku tak beria kan? kenapa 21? Apa ada dgn 21? Haaa, aku tanya aku jawab. Tak ada pape pun dgn 21 :) Aku hanya terlebih ubat teruja dan terharu. Kerana ini.................................................................................................




Sebenaq nya, takda apa yg kecoh kecoh besar besar sampai nk post kat blog kan. Tapi benda ni aku tak rasa nk cerita kat sesapa melalui penceritaan mulut. Sbb aku tersangat malu. merah muka. So aku just share. Sbb mungkin aku rasa dh cool malu aku. bahahaha :)

Okay, thanks abg buat semua ni. Macam tau je. Kalau post kat fb cmni, takde la mamat saleh nk add or ngorat i lg. hahaha Act tu je nk share :)

TO HATER(S)
Yang selama ni dah maki hamun aku kat dlm phone And yg dah penah call aku. Pompuan and lelaki. And yg dh berani rani hack fb aku suma. Dan yang paling penting yang penah Memaki hamun aku dan INGIN menentukan hidup aku. Ohh, terima kasih mengambil berat. Lagi terharu tak terhingga tau. ihiks.. Saya tak hot, tak bagus dan segala tak kat saya. Saya insan yang lemah dan hanya seorang yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Dan mampu berfikir dan membuat perkara ke arah DIA yang satu, untuk meminta petunjuk diatas segala perkara yang saya lakukan. Saya merancang dan lakukan. ALLAH sahaja yang menentukan segala galanya. Bukan kau! bkn kau yg mengaturkan hidup aku :) Jadi tlg terima knyataan aku masih kekal 21 bulan bersama. Takda faedah kau memburukkan dia atau aku. Kerana ALLAH sahaja yang tahu keburukkan setiap manusia. Dan sekiranya jodoh kami tak panjang, tidak semestinya dia milik kau. Sebab bkn kau tentukan. ALLAH juga yang menentukan. Belajar menerima barang yang sudah lepas derr! :)

tekan untuk keluarkan gambar tahi edung yang BESAR :)


Aku sangat malu. Malu dengan apa yang dh jadi hari ini. Malu kerana secara tidak langsung telah menghantar pesanan kepada org yg sentiasa memburukkan dan memaki aku. Dan malu kerana awak(SMN) dah buat saya malu :) HAHA okay aku poyo dan menggelabah. Aku dh merapu banyak sangat, kbye

Note : kenapa gambar di kaburkan. Kerana aku tanak korang tengok edung dan bibir dia. Kerana edung nya mampu membuat korang korang tercampak jauh 1500m. Dan bibir dy mampu buat korang TERJUIH 3hari 4malam. Dasyat bukan? So jangan kata aku kedekut mahupun aku ni mengelabah bajet bf hot. Aku bkn insan yang sebegitu rupa. Harap maklum. peace

WthLove,
MunirahOthman

Tuesday, 29 November 2011

Terbang melayang untuk awak

Assalamualaikum,

 Kita mulakan dengan gambar hiasan yang sangat tersirat dan tersurat kunon :)




To : Awak

       Sepanjang perjuangan saya di Sri Iskandar. Awak yg berada di perantauan sana jangan gatal2. Jangan nak bermain2 jari dengan perempuan lain (chating). Awak tau kan saya mcm mana. Lagi2 keadaan disini sangat tidak mengizinkan kita berhubung. Melalui telefon bombit mahupun jejaring :'( Sangat menyedihkan bagi saya. Tak tahu lah awak bagaimana pula. Saya sangat kecewa dengan maxis sekarang ni. Kerana beliau telah buat hati saya sakit yang teramat. Oleh itu saya membuat keputusan untuk tidak berhubung awak. Untuk mengelakkan sending failed mahupun call ended. huhu Awak faham kan situasi saya disini. Sudahlah umpama katak dibawah tempurung kerana tidak keluar kampus, kecuali ingin membeli barang. Tambah lagi dengan tak ada line disini. Saya tak berhubung dengan sesiapa. Adehh, saya berasa sangat lah ulu (ape ntah tu). Perasaan saya sangat bercampur baur sekarang ni. Tidak tahu menahu nak meluahkan macam mana mahupun sesiapa. Adakah tiada org disekeliling saya yang boleh membantu? HMM. Tak dapat dikenal pasti lagi. Mungkin ada. Atau mungkin tidak. Saya seorang yang sentiasa tidak menampakkan wujudnya masalah dalam diri. Kerana saya suka melihat org disekeliling saya sentiasa gembira maka secara tidak langsung akan membuatkan saya gembira bersama dan hilang semua masalah yang berada dalam kepala otak saya. 

       Awak, awak sahaja yang mengetahui apa yang saya rasa. Tapi kenapa awak berjauhan dengan saya. Sudah hampir 3 tahun kita terpisah. BIla semua ini hendak berakhir? Adakah semua ini ada penghujungnya ataupun tidak? Ohh, musykil. Awak ada jawapan untuk soalan saya? Banyak perkara kita sudah harungi bersama. Adakah pengakhirnya baik ataupun sebaliknya? Bersama la kita berdoa agar semua nya baik baik. amin.. Awak, sepanjang pemergian saya, awak jangan sesekali cuba untuk mendua, tiga mahupun meng empat kan saya. Saya belum bersedia untuk semua itu. Tunggu lah anak anak kita besar dahulu. (lembik + bybean). Tergamak pula awak ingin membuat anak kita keliru asal usul mereka? dan dari mana mereka keluar. Cukup la kita rahsia kan dari mana kewujudan mereka yang sangat pelik itu. Awak, saya nak cakap yang saya rindu awak. Tapi saya tak tergamak. Tak tahu kenapa. 

       Awak. mungkin kawan kawan saya masih tidak mengenali awak. Mereka tidak tahu betapa pentingnya awak dalam hidup saya sebagai SAHABAT saya. Saya tidak ada sahabat lain selain awak. Tempat awak tiada pengganti. Awak tahu tak semua itu? Sahabat lagi penting daripada bf. Bf saya, (david beckham) pun tak sepenting awak. Awak merupakan sahabat saya selamanya. Awak salah seorang yang terpenting untuk hidup saya. Ingat tu. Ingat sampai bila2.

      Akhir kata, awak sesungguhnya kita mampu merancang ALLAH yang menentukan.Segala ujian yang diberi ada hikmahnya. Mungkin untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Insya'allah kita boleh harungi ini semua bersama  dengan tanpa hasutan Mr Syaitan. Amin. Awak tunggu saya tau. 

From : Saya





#Mintak maaf diatas segala kesalahan tatabahasa, ejaan, penanda wacana mahupun pembendaharaan kata atau seangkatan dengan nya. Saya merupakan insan yang lemah. Dan tidak dapat berfikir dengan dalam sewaktu menaip entry ini. Apa yang di taip mengikut perasaan yang tidak dapat dikawal. Out of control. Saya minta maaf sekali lagi. Kalau rasa perkara diatas membuatkan anda mual atau pening2. Sila buat medical check up. Mungkin anda bakal menjadi seorang ibu. Senang kan sekarang kalau nak jadi ibu :) 

Wthlove,
MunirahOthman

Monday, 21 November 2011

Mengerikan tapi tahniah diucapkan

assalamualaikum :)

ehem ehem, dh lama tk update blog rasanye. ehee orang dh masuk blaja balik kan. mane nk ade masa menghadap blog ni kan. KONONNNNN! :)

semalam final bola untuk sukan sea. perghh, sengit gila! tp Malaysia cool. rilex jeh. penonton pihak lawan berjuta mana pun takde hal la. bak sini mai!! HAHA takde gentar punya. harimau malaya kann! aummm, ehee TAHNIAH buat semua pemain malaysia. atas usaha keras anda semua :) tahniah juga kat coach and kru2 yang dh bertungkus lumus. ehee mcm aku salah sorang player je.  HAHA TAHNIAH MALAYSIA! :)

semalam aku tengok bola dh rasa mcm ade kt stadium. sbb sume tengok kat DSI (dewan sri iskandar). perghh, rmai tk hengat la kan. haha mayb setengah or lebih daripada student uitm perak yg dduk kolej turun utk support malaysia :) wanita jejaka semua ada. aku for sure la akan tergolong dalam kategori wanita kan. ehem ehem. HAHA 1st time tengok bola dgn dikelilingi dgn kaum sendiri. pergghh, telinga kebas dengar dorang menjerit. haha menjerit dari hati agaknya. dh mcm nk terkeluar anak tekak dorang tu aku rasa.NGERI! sampai game belom habis suara dh mcm nak hilang. HAHA sabar la kakak2 oi.. rilex sudah. haha then tak tahan nye lagi semua ape yg ref or pemain endon buat sume salah tu. haha defend malaysia habis habisan tu.. haha akk2 ni ikutkan perasaan sangat dah ni :) HAHA kalau ref pun salah nk mengadili game baik tak payah pkai ref kan. HAHAHA tp mmg seronok. depa nye excited tu lain pulak style nye daripada excited kaum laki. haha.. takpelah, semangat kesukanan orang kata. ehee

akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA malaysia for sukan sea!! 58 gold medal dh dapat. chaiyokk! semangat. bawa nama malaysia di tempat yg tinggi. ehh? betul ke ayat aku? hmmm --" and congratulation to malaysian athlete. korang buat malaysia bangga dengan korang semua. teruskan usaha dimasa akan datang. MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA! aauumm aaummmm *kunon harimau malaya :) ihiks

Wthlove,
MunirahOthman